Teresak-esak mohon mahkamah beri jaminan

Johor Bahru: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan meliwat seorang remaja berusia 15 tahun, Ahad lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tertuduh, Abang Ariff Haikal Abang Zaidel, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela.

Mengikut pertuduhan, Abang Ariff Haikal didakwa sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan remaja berusia 15 tahun di ruang tamu sebuah rumah di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira jam 5 petang, 8 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

See also  Lelaki Myanmar maut disambar petir

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Sulehan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh dengan alasan ia kesalahan yang tidak boleh dijamin namun memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 jika membenarkannya.

Bagaimanapun, hakim berkata beliau akan mempertimbangkan jaminan jika tertuduh membuat rayuan apatah lagi dengan keadaan penjara yang sesak dan penularan wabak Covid-19.

Tertuduh yang menangis teresak-esak kemudian memohon mahkamah memberikan jaminan dengan jumlah rendah kerana baru dibuang kerja tiga bulan lalu selain sudah insaf dengan perbuatannya.

See also  Polis kenal pasti remaja perempuan didakwa pukul rakan sekola

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan dua orang penjamin, perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali selain dilarang mengganggu saksi dan mangsa.

“Mahkamah harap kamu akan datang untuk sebutan semula kes kamu nanti sebelum jam 9 pagi selepas ini.

“Jangan beri alasan sakit perut, beri sijil sakit dan sebagainya. Mahkamah beri jaminan sebab percayakan kamu dan jangan sia-siakannya, ” kata hakim.

See also  'Kasut ni barang kes, bukan untuk dijual'- Ketua Polis Johor

Sebutan kes ditetapkan pada 15 Disember depan bagi penyerahan laporan perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2020 @ 10:42 AM

Oleh: Mohamed Farid Noh
Gambar: Wartawan

#HarianMetro
#kongsiinfo✍

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Teresak-esak mohon mahkamah beri jaminan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155676
Users Today : 466
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24071
Users Last 30 days : 79500
Users This Month : 49401
Users This Year : 155675
Total Users : 155676
Views Today : 763
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36275
Views Last 30 days : 122317
Views This Month : 75594
Views This Year : 237984
Total views : 237985
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares