Ibu panik Anak lesap dari kereta.

Ibu panik! Tinggal sekejap je dalam kereta, anak kecil dah terlepas dalam longkang demi ‘nak cari pahala’ – “Nakal-nakal mereka, ada juga sifat baik” – Viral

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

INSIDEN anak kecil yang hampir menjadi mangsa culik gara-gara ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan oleh ibu bapa pernah beberapa kali dilaporkan media sebelum ini.

Walau hanya sebentar, namun ibu bapa sewajarnya tidak mengambil remeh perkara ini kerana apa jua situasi bahaya boleh berlaku dalam sekelip mata.

Sebagaimana coretan seorang wanita ini di Facebook, dia berkongsi pengalaman berdepan detik cemas apabila anak kecilnya yang ditinggalkan sebentar di dalam kereta, tiba-tiba ghaib!

Menurut wanita berkenaan, dia meninggalkan anaknya sebentar di dalam kereta untuk membeli mi kuning di sebuah kedai runcit.

“Fayyad, duduk dalam kereta diam-diam ya. Jangan pergi mana-mana. Mama nak masuk kedai runcit Ane tu jap.

Nak beli mi kuning yang Fayyad suruh mama masak tu, pesan saya kepada anak kecil saya.

“Usai membeli mi kuning di kedai runcit itu, terus saya ke kereta. Allahuakhbar!! Terkejut tengok anak tiada dalam kereta! Fayyad! Fayyad! Terpanggil-panggil namanya.

See also  Ditahan keluar tengah malam cari susu untuk anak usia sehari, bapa akui lupa SOP

“Punyalah laju jantung saya berdegup, takut dia hilang sebab anak saya sangat aktif dan nakal. Macam nak pitam rasa. Panik!” cerita wanita berkenaan.

Dalam pada sibuk mencari tak ubah seperti kucing kehilangan anak, mata wanita berkenaan tertancap pada sebuah motosikal yang ‘tumbang’ di seberang jalan.

“Allah! Risau takut Fayyad tumbangkan motor orang ke apa. Kelihatan seorang pakcik terduduk tepi motor tu dan mengelap darah luka di kakinya.

“Motor tu jatuh tepi longkang besar. Terpandangkan di tepi longkang tu ada tangan budak kecil. Tengok-tengok Fayyad dalam longkang tu!” katanya.

Wanita berkenaan berkongsi insiden ‘cemas’ yang berlaku itu di Facebook.

Wanita itu berkata dia pada mulanya menyangkakan anak kecilnya bermain di dalam longkang, namun sangkaannya meleset sama sekali sebaik sahaja dia mendekati kanak-kanak berkenaan.

“Terus rasa sayu, rasa sebak, rasa happy, terharu tengok anak kecil mama yang nakal ni sedang berusaha mengutip topi keledar dan cermin mata pakcik yang jatuh motor tadi di dalam longkang tersebut. Saya terus peluk Fayyad dan ucap terima kasih sebab tolong pakcik tu.

See also  VIDEO] Panik dihampiri 'lembaga serba putih'

“Sewaktu dalam kereta saya tanya dia, ‘kenapa Fayyad tolong pakcik tu tadi?’.

Katanya ‘bukan ke mama yang selalu kata kalau kita tolong orang, kita bagi orang makan, kita akan dapat pahala. Kan tadi kita dah dapat pahala?’

Walau hanya sebentar, namun ibu bapa sewajarnya tidak mengambil remeh perkara ini kerana apa jua situasi bahaya boleh berlaku dalam sekelip mata.

“Jadi fahamlah, anak kecil ni dia akan ikut apa je yang kita cakap. Dalam hati senyum sorang-sorang. Rupanya dalam nakal-nakal anak kita ni, ada juga sifat yang baik.

“Last sekali, kena bebellah juga dia. Kalau ya pun nak tolong orang, jangan keluar kereta macam tu je. Kenalah panggil kita dan bagitahu kita dahulu nak pergi ke mana-mana.

Bahaya!” ceritanya.

See also  Insiden kapal dayang topaz alami kecemasan di perairan miri

Komen sebahagian netizen yang memuji tindakan mulia kanak-kanak berkenaan.

Walaupun insiden ‘kehilangan’ anaknya itu tidak berkait dengan cubaan penculikan atau unsur jenayah, namun wanita tersebut tetap mengambil iktibar.

“Jangan tinggalkan anak dalam kereta sorang-sorang. Takut terlepas pandang, mereka merayap ke mana-mana atau mungkin orang lain boleh bawa mereka ke mana-mana.

“Kedua, kita selalu ajar buat baik pada semua orang. Tapi budak-budak kecil ni fikiran mereka tak matang lagi. Kena nasihatkan mereka, nak buat apa pun kena ada ibu bapa. Tak boleh tolong orang, sorang-sorang,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif netizen, dengan rata-ratanya memuji tindakan mulia anak wanita berkenaan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ibu panik Anak lesap dari kereta. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156041
Users Today : 831
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24436
Users Last 30 days : 79865
Users This Month : 49766
Users This Year : 156040
Total Users : 156041
Views Today : 1429
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36941
Views Last 30 days : 122983
Views This Month : 76260
Views This Year : 238650
Total views : 238651
Who's Online : 0
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares