Kecoh gajah ‘tahan’ traktor tangki air, rupa-rupanya ‘minta izin’ hilangkan dahaga – Dunia

MENERUSI satu video yang tular di media sosial, seekor gajah dilihat ‘menahan’ sebuah traktor yang membawa tangki air di jalan raya.
Kejadian berlaku di sebuah negeri di India.
Haiwan itu kemudian memberi ‘isyarat’ kepada pemandu traktor untuk membuka penutup tangki supaya ia dapat menghilangkan rasa dahaganya.
Pada mulanya, pemandu kelihatan terganggu dengan kedatangan gajah tersebut.
Bagaimanapun, pemandu berkenaan memahaminya selepas dimaklumkan oleh anak lelaki kepada menteri perhutanan negeri, Anand Singh iaitu Siddharth Singh yang turut berada di lokasi kejadian.
Siddharth memberi penjelasan bahawa gajah itu meminta pemandu terbabit supaya membuka penutup tangki itu.
Haiwan itu dibenarkan untuk minum bagi menghilangkan rasa dahaganya.
Gajah tersebut kemudian menyambung perjalanannya setelah diberikan minum. – India Times
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " {{Video}} Gajah hilang dahaga dapat hirup air dari tangki air traktor " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.