{{Video}}Nekad tinggal anak terjun lombong

IPOH -17 Nov 2020 Seorang lelaki nekad meninggalkan anak lelakinya berusia sembilan tahun bersama isteri dalam kereta dan terjun lombong dalam cubaan meloloskan diri daripada ditahan polis di Jalan Cenderawasih, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tindakan nekad suspek yang dipercayai terlibat dalam kes curi itu memaksa polis bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung bersampan bagi mengesan suspek di lombong yang mempunyai kedalaman lebih 10 meter.

Usaha mengesan suspek turut berdepan dengan kesukaran apabila suspek menyorok dan bernafas di sebalik pokok keladi bunting sebelum dia akhirnya berjaya dibawa naik kira-kira jam 12.30 tengah malam.

See also  Laporan KLUSTER SALA DI KEDAH

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, sebelum kejadian, pasukan peronda polis (MPV) ternampak kereta Proton Saga yang dipandu suspek berusia 41 tahun itu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.

Anggota APM yang tiba membantu polis mengesan suspek yang telah terjun lombong di Manjoi semalam.

“Polis meminta kenderaan diberhentikan, namun suspek bertindak memecut laju dan memaksa anggota mengekorinya sehingga kereta tersebut berhenti jalan mati di Jalan Cenderawasih. Suspek kemudiannya nekad melarikan diri dengan terjun ke dalam lombong.

See also  ????️ Polis trafik berlari 2km bantu kelancaran laluan ambulans

“Anggota membuat pemeriksaan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki dalam kenderaan itu bersama pelbagai alat ganti kereta dan motosikal disyaki dicuri,” katanya.

Menurutnya, suspek akhirnya berjaya ditangkap selepas empat jam operasi mengesannya dijalankan di lombong tersebut.

“Polis telah merampas sport rim kereta dan motosikal, alternator, komponen enjin serta kereta Proton Saga tersebut.

“Suspek yang mengalami luka di kepala dan calar di kedua-dua kakinya akibat terkena objek ketika terjun di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

A Asmadi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

“Kanak-kanak tersebut diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas difahamkan dua beranak itu sudah sebulan tinggal di dalam kereta tersebut,” katanya

See also  Pemilik kereta mewah, berpendapatan tinggi antara menduduki unit perumahan DBKL untuk warga miskin

Warganet memberi reaksi pelbagai . Ada yang bersimpati dengan andaian kemungkinan lelaki berkenaan sedang kesuntukan wang ekoran wabak covid19, menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {{Video}}Nekad tinggal anak terjun lombong " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155696
Users Today : 486
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24091
Users Last 30 days : 79520
Users This Month : 49421
Users This Year : 155695
Total Users : 155696
Views Today : 797
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36309
Views Last 30 days : 122351
Views This Month : 75628
Views This Year : 238018
Total views : 238019
Who's Online : 10
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares