Guna surat tamat tempoh kutip derma

#KEDAH

Guna surat tamat tempoh kutip derma

Alor Setar: 19/1/2020 Seorang Lelaki ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIK) kerana disyaki mengutip tanpa kebenaran di hadapan sebuah bank di Pekan Jitra hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung kegiatan lelaki berusia 63 tahun itu sebelum melakukan pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang berasal dari Perak dan menetap di Sungai Petani itu dikatakan menggunakan surat kebenaran tamat tempoh ketika memungut derma berkenaan.

See also  Penduduk risau wujud fenomena 'Bukit Malut 2' di Kuala Perlis

“Berdasarkan siasatan, surat kebenaran untuk memungut derma itu hanya dibenarkan sehingga 2018.

“Lelaki berkenaan ditahan pada 3.45 petang tadi untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, pihaknya turut merampas tabung, bangku, wang tunai RM33, resit kutipan, sijil wakaf dan lesen kutipan derma tamat tempoh.

See also  BAGAIMANA SOVIET KESAN KAPAL SELAM NUKLEAR AMERIKA

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 69, Enakmen Pentadbiran Undang2 Islam Kedah 2008 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

“Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya meneliti dokumen yang dibawa oleh pengutip derma sebelum menghulurkan sumbangan,” katanya.

???????????????????????? ????????????????????
Artikel ini disiarkan pada:
Khamis, 19 November 2020 @ 10:06 PM

See also  38 orang staf airasia/GTR di airport Bayan Lepas terpaksa ditamatkan perkhidmatan

FOTO Ihsan Jabatan Agama Islam Kedah

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Guna surat tamat tempoh kutip derma " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148879
Users Today : 486
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24185
Users Last 30 days : 80277
Users This Month : 42604
Users This Year : 148878
Total Users : 148879
Views Today : 673
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36959
Views Last 30 days : 123175
Views This Month : 65089
Views This Year : 227479
Total views : 227480
Who's Online : 20
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares