KLANG 20/11/2020– Suasana di Terminal Klang Sentral di sini gempar apabila seorang lelaki ditemui berada di atas palang bangunan setinggi tiga tingkat semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai disedari pengawal keselamatan bangunan terminal bas berkenaan yang bertindak menghubungi bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 5.11 petang
“Anggota kami berjaya memujuk lelaki berusia 30-an itu untuk turun dengan menggunakan tangga yang disediakan pihak bomba.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap lelaki tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Jelas beliau, anggotanya yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) melakukan sanitasi ke atas lelaki itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. -K!ONLINE
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
20 November 2020, 3:29 pm
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Gempar lelaki duduk atas palang terminal bas " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.