Kemaskini 4:30pm_LAPORAN KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK ANGGOTA PGA DAN PENYELUDUP KETUM

*LAPORAN KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK ANGGOTA PGA DAN PENYELUDUP KETUM*

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

*FAKTA KES*
*Tarikh* : 24 November 2020
*Waktu* : Sekitar jam 0230hrs
*Tempat* : Tembok Sempadan (TS) 9, Padang Besar (rujuk peta lokasi)

*BUTIRAN KEJADIAN*

Dua (2) anggota risikan daripada Batalion ke 3 PGA telah terserempak dengan dua (2) kumpulan orang (1 kumpulan disyaki warganegara Malaysia dan 1 kumpulan disyaki warganegara Thailand) yang disyaki menyeludup ketum dari Malaysia ke Thailand secara barter trade dengan membuat pertukaran dengan ganja dari negara Thailand.

Kumpulan warganegara Malaysia disyaki berasal dari lokasi Felda Lubuk Sireh. Suspek warganegara tempatan telah melepaskan tembakan ke arah anggota risik PDRM. Kejadian berbalas tembakan telah berlaku dan menyebabkan seorang anggota PDRM terkorban dan seorang anggota cedera parah. Butiran anggota terbabit adalah seperti berikut:

See also  Kemaskini 4:30pm_LAPORAN KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK ANGGOTA PGA DAN PENYELUDUP KETUM

1. KPL 112512 Baharuddin Bin Ramli (meninggal dunia)
2. KPL 148715 Norihan a/l Tari (cedera)

*TINDAKAN SUSULAN PDRM*
Semakan di tempat kejadian menemui kesan darah di lokasi suspek melepaskan tembakan. Susulan itu, pihak PDRM telah membuat kepungan di kawasan Felda Lubuk Sireh bagi menjalankan siasatan lanjut dan mengesan suspek yang terlibat.

*ULASAN BAHAGIAN KESELAMATAN*
Kejadian ini merupakan kejadian kedua dalam bulan ini yang melibatkan insiden serangan ke atas anggota PDRM. Dalam kejadian pertama, seorang warganegara Thailand telah melepaskan tembakan dua (2) das kepada anggota yang bertugas pada 13 November 2020 di lokasi tiang TNB No. 235 di bawah KTJ M7. Anggota tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

See also  Suami isteri ini agih makanan, sediakan keperluan asas untuk warga M'sia terkandas di S'pura

Kedua-dua insiden membuktikan bahawa kumpulan penyeludup semakin berani dalam menjalankan kegiatan mereka.

Pulangan lumayan hasil penjualan ketum anggaran sekitar RM50.00 sekilo menyebabkan penyeludup sanggup mengambil risiko yang tinggi untuk memastikan kejayaan setiap penyeludupan yang dilaksanakan.

Pihak Kerajaan seharusnya mempertimbangkan usaha untuk menaiktaraf infra di sempadan termasuk tembok pagar dan CCTV berteknologi terkini bagi memperkukuhkan lagi kawalan keselamtan sempadan.

Sekian.

Bahagian Keselamatan
24 November 2020

See also  Anggota PGA Sempadan ditembak senapang angin pula

Berita baru diterima

##########################

Tk semua. Untuk makluman pagi tadi berlaku tembak menembak anggota PGA dan penyeludup. After sweeping dibuat komando 69 dapat tangkap 1 penjenayah yg cedera.

Sementara 3 penjenayah yang cedera telah ditangkap di hospital Hadnyai oleh pihak polis Thai

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kemaskini 4:30pm_LAPORAN KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK ANGGOTA PGA DAN PENYELUDUP KETUM " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156138
Users Today : 928
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24533
Users Last 30 days : 79962
Users This Month : 49863
Users This Year : 156137
Total Users : 156138
Views Today : 1689
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37201
Views Last 30 days : 123243
Views This Month : 76520
Views This Year : 238910
Total views : 238911
Who's Online : 6
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares