Warga Bangladesh ditemukan mati leher terjerut

Gua Musang: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan mati di tingkat atas rumah sewanya di Taman Damar, di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemukan rakan serumahnya berkenaan pada 8.30 pagi, dalam keadaan leher terjerut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, mangsa tinggal seorang diri dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan sejak dua minggu lalu manakala rakan lain tinggal di tingkat bawah.

See also  Bersama dengan peminjam, bukan bank 'menjana keuntungan', Ku Li memberitahu BNM

Katanya, kejadian disedari seorang rakannya yang sedang menunggu untuk ke tempat kerja sebagai buruh kontrak membina jalan.

“Rakan mangsa yang tidak sedap hati bergegas ke tingkat atas rumah sewa itu untuk melihat apa yang berlaku.

“Sebaik membuka pintu bilik yang tidak berkunci, dia melihat mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Taufik berkata, rakan mangsa kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian.

See also  Berbekalkan Pas lawatan kerja sementara (PLKS) palsu warga Bangladesh dan isteri hidup mewah

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu fikiran hingga boleh bertindak demikian.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada kesan akibat dari perbuatan jenayah dan keterangan saksi juga tiada unsur-unsur itu,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 2:36 PM

See also  Operasi Pengusiran PATI di KLIA

Oleh: Ramli Ibrahim
Video/gambar: Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga Bangladesh ditemukan mati leher terjerut " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156163
Users Today : 4
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 24558
Users Last 30 days : 79987
Users This Month : 49888
Users This Year : 156162
Total Users : 156163
Views Today : 5
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 37237
Views Last 30 days : 123279
Views This Month : 76556
Views This Year : 238946
Total views : 238947
Who's Online : 4
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-19
0Shares