Datuk dan 19 lelaki ditahan bergaduh di pub

Kuala Lumpur: Seramai 19 lelaki ditahan termasuk seorang lelaki dipercayai berpangkat Datuk serta seorang koperal polis selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, di sini, kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di lokasi terbabit, jam 11.20 malam.

“Sepasukan anggota polis yang bergegas ke lokasi kemudian menahan 19 lelaki berusia antara 38 hingga 59 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu termasuk seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Datuk serta seorang koperal polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

See also  Rakyat di Kelantan diminta patuh SOP kurangkan bersosial jika tak mahu PKPB disambung

“Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada kekecohan yang tercetus selepas sekumpulan lelaki yang datang ke pub berkenaan untuk berhibur, namun premis terbabit sudah tutup.

“Seorang koperal polis yang kebetulan berada di lokasi untuk mendapatkan maklumat berkaitan satu kes kebakaran kereta di tempat itu sebelum ini cuba meleraikan kekecohan itu, namun ia bertukar menjadi pergaduhan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, Anuar berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar pergaduhan itu.

See also  'Tolong Jaga Mak Ayah' – Pesanan Terakhir Jururawat Mangsa Kematian Ke-94

“Kejadian itu menyebabkan seorang daripada 19 suspek yang ditahan cedera di bahagian muka dipercayai akibat dipukul.

“Semua suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Terdahulu, satu hantaran berserta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 24 saat menunjukkan pergaduhan di antara sekumpulan lelaki tular di media sosial, hari ini.

Hantaran di media sosial itu juga mendakwa seorang lelaki dipercayai berpangkat Datuk memukul seorang anggota polis dalam kejadian itu.

See also  5 individu bergaduh tepi jalan didenda RM4,000

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 9:32 AM

Oleh: Nurul Hidayah Bahaudin
Video: Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Datuk dan 19 lelaki ditahan bergaduh di pub " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156684
Users Today : 525
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23339
Users Last 30 days : 78770
Users This Month : 50409
Users This Year : 156683
Total Users : 156684
Views Today : 922
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35335
Views Last 30 days : 121272
Views This Month : 77473
Views This Year : 239863
Total views : 239864
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares