Kaedah mengatasi kaki berbau

Sapu ‘Deodorant’ Di Kaki, Ini 5 Tips Untuk Anda Yang Ada Masalah Bau Kaki
Masalah kaki berbau bukan sahaja menjejaskan imej diri tetapi juga mengganggu orang-orang di sekeliling. Mungkinkah ada cara menghilangkan bau kaki yang boleh dilakukan?

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Jangan risau, anda boleh cuba beberapa kaedah semula jadi tentang cara menghilangkan bau kaki yang kami sediakan dalam artikel ini.

Ini cara menghilangkan bau kaki

Garam Epsom

Garam Epsom ini bagus dalam merawat kaki berbau. Ia bertindak untuk mengeluarkan kelembapan daripada kulit dan akan menyukarkan bakteria untuk ‘berhimpun’.

Cara-caranya, larutkan separuh cawan garam Epsom ke dalam bath tub ataupun di dalam bekas yang besar. Rendam kaki anda selama 10 hingga 15 minit.

See also  Operasi Khas JPJ Johor keatas warga asing memandu tanpa lesen.

Cuka

Campurkan sebahagian cuka ke dalam air, letakkan di dalam bekas yang besar. Kemudian, rendam kaki anda selama 10 hingga 20 minit. Lakukannya sekali seminggu.

Amaran: Pastikan kaki anda bebas daripada sebarang luka terlebih dahulu sebelum cuba kaedah ini.

Disinfeksi kasut anda!

Sekiranya bau kaki anda melekat pada kasut, jangan buang dulu sepatu anda! Ini kerana anda boleh disinfeksi atau menyah kuman kasut anda daripada bau busuk itu.

See also  Isu Sg Buloh- Tiga pegawai MBSA, peniaga Aceh ditahan SPRM

Hanya gunakan mana-mana penyembur pembasmi kuman yang ada di rumah anda. Pastikan semburan itu mengandungi ethanol atau bahan-bahan yang boleh membunuh bakteria.

Cara-caranya: Keluarkan pelapik kasut dan sembur dengan penyembur pembasmi kuman tersebut. Biarkan ia kering selama 24 jam.

Tepung jagung

Bagi memastikan kaki anda kekal kering, anda boleh melumurkan tepung jagung pada kaki sebelum anda memakai kasut.

Tepung jagung tersebut akan mengelakkan kaki anda daripada kelembapan yang boleh menjadi punca kaki berbau.

Sapu antiperspirant ketiak di kaki?

Ya, betul! Anda turut boleh mencuba letakkan deodoran yang ada di kaki sebelum memakai kasut. Namun pastikan deodoran anda bersifat antiperspirant (antipeluh).

See also  Memahami Pentingnya Probiotik dan Prebiotik untuk kesihatan

Elemen antipeluh akan membantu kaki anda kekal kering dengan mengawal potensi kelembapan yang dihasilkan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kaedah mengatasi kaki berbau " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146462
Users Today : 2911
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21768
Users Last 30 days : 77860
Users This Month : 40187
Users This Year : 146461
Total Users : 146462
Views Today : 4012
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33069
Views Last 30 days : 119285
Views This Month : 61199
Views This Year : 223589
Total views : 223590
Who's Online : 34
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares