Bomba selamatkan lembu hampir lemas
Oleh MOHD SYALMIZI HAMID
28 November 2020, 7:20 pm
SEBERANG PERAI – Anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor lembu yang hampir lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Simpang Empat, Permatang Buloh, Kepala Batas di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu berlaku ketika keadaan hujan lebat dan air memenuhi longkang berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati seekor lembu telah terjatuh ke dalam longkang berkedalaman empat meter.
“Bomba melakukan kerja penyelamatan menggunakan hos dan tali menyelamat.

Operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas. – K! ONLINE
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Bomba selamatkan lembu hampir lemas " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.