Penduduk lega nama kampung ditukar tahun depan

VIENNA, Austria – Penduduk sebuah kampung di Austria boleh menarik nafas lega apabila nama kampung mereka, F***ing, kini akan ditukar kepada Fugging bermula tahun 2021.

Kampung yang terletak 350 kilometer dari ibu kota Austria, Vienna itu mendapat perhatian melampau daripada pelancong termasuk di media sosial, malah ada pelawat melakukan hubu­ngan seks dekat papan tanda kampung tersebut.

Nama kampung tersebut digunakan sejak abad ke-11 lagi.

Bagaimanapun, wakil pendu­duk sepakat dalam satu mesyua­rat majlis perbandaran Tarsdorf kelmarin untuk menamakan semula kampung mereka sebagai Fugging mulai 1 Januari 2021.

See also  Covid19 ragut lagi 6 mangsa

Keputusan itu didorong pertambahan pelancong yang gemar singgah untuk merakam gambar di hadapan papan tanda kampung dan melakukan aksi lucah sebelum memuat naik paparan ke media sosial.

Sikap pelancong luar itu menjadi semakin tidak terkawal apabila ada sesetengah mereka mencuri papan tanda tersebut.

Pihak berkuasa tempatan terpaksa meletakkan konkrit apabila memasang semula papan tanda baharu bagi mengelak kecurian.

See also  Seludup manusia guna kereta mewah tumpas

“Saya beri jaminan kampung ini akan dinamakan semula,” kata Datuk Bandar Tarsdorf, Andrea Holzner.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Tiada apa yang hendak diperkatakan lagi, kami sudah muak dengan kegilaan media tentang nama kampung ini,” katanya kepada akhbar tempatan, Oberoesterreichische Nachrichten.

Namun, ada pihak tidak bersetuju nama kampung itu ditukar kerana beranggapan kampung tersebut popular kerana keunikan namanya. – AFP

See also  DBKL | Kotor! Premis Proses Mee Diarah Tutup

Oleh KOSMO!
28 November 2020, 10:00 am
Gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penduduk lega nama kampung ditukar tahun depan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146186
Users Today : 2635
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21492
Users Last 30 days : 77584
Users This Month : 39911
Users This Year : 146185
Total Users : 146186
Views Today : 3619
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32676
Views Last 30 days : 118892
Views This Month : 60806
Views This Year : 223196
Total views : 223197
Who's Online : 60
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares