JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mengalami cedera di bahagian kepala, lengan dan kaki akibat dipukul suspek warga Bangladesh menggunakan sebatang besi dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Tebrau di sini sehingga tular dalam laman media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes pergaduhan itu pada 11.35 malam semalam.
“Menurut maklumat saksi, suspek bertindak memukul mangsa menggunakan objek senjata dipercayai sebatang besi.
Mangsa yang berusia 39 tahun menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) setelah mengalami cedera di bahagian kepala, lengan dan kaki.
“Usaha mengesan suspek yang dipercayai seorang lelaki warga Bangladesh sedang dijalankan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE
28 November 2020, 1:13 pm
Video: Media sosial
#UtusanOnline
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " {{Video}}Gaduh guna besi, lelaki Bangladesh diburu Polis " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.