Kedai emas di Kota Bharu diserbu orang ramai

Kota Bharu: Harga emas turun secara mendadak sejak minggu lalu menyebabkan kedai emas di Kelantan diserbu orang ramai.

Kebanyakan penduduk mengambil peluang untuk membeli emas memandangkan harga terkini antara RM223 hingga RM234 per gram.

Tinjauan di sekitar Kota Bharu mendapati, kedai emas mula dipenuhi pengunjung seawal 9 pagi bagi mendapatkan koleksi emas diidamkan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Bagaimanapun, keterujaan pengunjung untuk membeli emas menyebabkan sebahagian besar mereka mengabaikan penjarakan fizikal.

Malah, ada sebahagian kedai agak kecil, padat dengan pengunjung dan pemilik tidak mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) atau meminta pengunjung masuk secara berperingkat.

Walaupun masing-masing memakai pelitup muka, mereka bagaikan terlupa bahawa kes Covid-19 semakin meningkat khususnya di Kelantan.

Pengunjung, Rosnani Abdul Rahman, 40, berkata dia sanggup datang dari Pasir Mas ke Kota Bharu selepas mendapat tahu harga emas di bandar ini lebih murah berbanding di Pasir Mas.

See also  [Video] Samseng Jalanraya tidak peduli ketegasan undang-undang

“Sebagai peminat emas, saya sudah menjangka situasi di kedai emas padat dengan pengunjung memandangkan harga emas turun sejak minggu lalu dan hari ini paling rendah.

“Memang keadaan agak padat dan saya perlu menunggu hampir 30 minit untuk melihat koleksi memandangkan premis dipenuhi orang ramai,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai emas di Pasar Siti Khadijah yang enggan dikenali, berkata disebabkan ketidakpatuhan pengunjung, kedai miliknya dikenakan kompaun dua kali termasuk semalam.

“Kami memang menekankan SOP supaya pengunjung masuk ke kedai secara berperingkat, namun disebabkan pengunjung terlalu ramai dan mereka gagal mematuhi SOP sehingga kami menjadi mangsa.

“Justeru, mulai hari ini, kami membuat kawalan lebih ketat dan polis kelihatan meninjau kawasan pasar bagi memastikan semua orang mematuhi SOP,” katanya.

See also  Air bungkus ikat 'mati' pun kena caj 50 sen

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai termasuk pemilik kedai emas supaya menitikberatkan SOP memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat.

Beliau berkata, sejak semalam dan hari ini, sebanyak sembilan kompaun dikenakan terhadap pemilik kedai emas di Kota Bharu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Kami maklum orang ramai mahu membeli emas, namun perlu memastikan pakai pelitup muka selain menjaga penjarakan fizikal.

“Pada masa sama, saya sudah mengarahkan anggota supaya memantau lebih kerap di kedai emas dan akan mengambil tindakan sekiranya mendapati mereka gagal mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Datuk Dr Zaini Hussin, turut mengingatkan pembeli dan penjual emas supaya menitikberatkan SOP kerana kes di Kelantan semakin meningkat.

See also  Penangan pil kuda pukul bapa saudara hingga parah

Beliau berkata, setakat ini Kelantan sudah mempunyai tiga kluster dan pihaknya mengharapkan kerjasama semua untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 3:51 PM

Oleh: Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
Gambar: Wartawan

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kedai emas di Kota Bharu diserbu orang ramai " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149810
Users Today : 1417
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22312
Users Last 30 days : 79532
Users This Month : 43535
Users This Year : 149809
Total Users : 149810
Views Today : 1949
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33614
Views Last 30 days : 121774
Views This Month : 66365
Views This Year : 228755
Total views : 228756
Who's Online : 19
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares