Rasuah kalangan Pekerja Syarikat Telco licik dan terancang

Kuala Lumpur: Sanggup terbang ke luar negara untuk membuka akaun bank bertujuan memindahkan wang rasuah kepada ‘orang dalam’ di syarikat telekomunikasi (telco) tempatan.

Itu antara pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegiatan syarikat penyedia kandungan yang dikesan mencuri wang beratus juta ringgit milik pengguna talian prabayar di Malaysia.

Sumber SPRM berkata, pekerja syarikat telco yang ‘dibeli’ oleh syarikat penyedia kandungan ini bertanggungjawab membocorkan data peribadi pengguna talian prabayar selepas disogok berjuta ringgit sejak lebih lima tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu didedahkan hasil siasatan SPRM sejak Mac lalu yang mendapati wujudnya sistem korupsi licik dan tersusun.

See also  Polis buru banduan lolos

“Wang rasuah disogok kepada kakitangan syarikat telco tidak diserahkan di dalam negara sebaliknya ia dipindahkan di bank negara jiran bagi menyukarkan kegiatan itu dihidu.

“Malah, penerima rasuah (kakitangan telco) turut dikesan menaiki penerbangan ke luar negara semata-mata untuk membuka akaun bank bagi menyimpan wang haram itu,” katanya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurutnya, taktik itu dirancang teliti hingga menyukarkan SPRM mengumpul bukti dan mengambil tindakan terhadap jenayah dilakukan.

“Buat masa ini SPRM hanya boleh mengambil tindakan mutual legal assistance (MLA) iaitu perjanjian serta bantuan pihak berkuasa antara dua negara bagi membolehkan siasatan dilakukan. Malah SPRM akan menghantar pegawai ke negara berkenaan untuk melakukan siasatan,” katanya.

See also  Anggota polis minta sogokan disiasat

Sumber itu berkata, siasatan lanjut turut mendapati data peribadi pengguna talian prabayar yang dijual turut disalah guna oleh agensi affiliate atau agensi mengiklankan produk di Internet.

“Berdasar soal siasat dilakukan terhadap kakitangan telco, mereka kerap memberi alasan sama mendakwa jenayah itu dilakukan agensi affiliate yang tidak dapat dipastikan lokasi keberadaannya.

See also  ????????Bergaduh kerana tidak diberi laluan di jalan raya

“Seharusnya syarikat telco melindungi data rahsia pengguna namun sebaliknya berlaku apabila segelintir mereka mengejar keuntungan melalui perbuatan menjual data pengguna,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Rasuah kalangan Pekerja Syarikat Telco licik dan terancang " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156730
Users Today : 571
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23385
Users Last 30 days : 78816
Users This Month : 50455
Users This Year : 156729
Total Users : 156730
Views Today : 1027
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35440
Views Last 30 days : 121377
Views This Month : 77578
Views This Year : 239968
Total views : 239969
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares