Pokok pisang punya pasal, terbongkar semua kesalahan trafik

Iskandar Puteri: 29/11/2020 Lelaki yang membawa sebatang pokok pisang menggunakan Toyota Vios di Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, petang semalam, bukan saja tidak memiliki lesen memandu malah mempunyai 18 saman trafik, empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Video lelaki berkenaan yang memandu dengan membawa sebatang pokok pisang secara melintang itu tular di media sosial sejak petang semalam dan menerima kecaman pengguna jalan raya.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Persiaran Utama, Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, jam 2 petang semalam.”Pada jam 7.15 malam, pemilik kereta yang berada di Singapura berjaya dihubungi dan pada jam 8.30 malam hari sama, anak pemilik kereta hadir bersama kenderaan yang tular di video berkenaan.”Berdasarkan keterangan lisan anak pemilik, kenderaan itu dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk upacara keagamaan di Taman Mutiara Rini.”Pada jam 9.30 pagi tadi, lelaki berusia 30 tahun yang memandu Toyota Vios berkenaan menyerah diri ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri.”Hasil pemeriksaan rekod saman lampau, pemandu berkenaan memiliki 18 saman trafik termasuk empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Video tular berdurasi 54 saat itu memaparkan rakaman pemandu yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Toyota Vios kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.Zulkhairi berkata, pemandu itu disaman mengikut Kaedah 20 LN. 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.Katanya, pemandu berkenaan juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi tadi untuk menyelesaikan kes saman lampau yang berstatus waran tangkap.”Secara keseluruhannya saman yang diselesaikan ialah sebanyak enam saman bernilai RM1,200.”Kereta berkenaan disita mengikut bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 9:50 PMOleh: Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my
Video: Media sosial#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

See also  VIDEO✓✓ Mujur sempat, emak sudah amanahkan beli beras itu
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pokok pisang punya pasal, terbongkar semua kesalahan trafik " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Waris buntu jenazah ibu terbiar lebih lapan jam

Our Visitor

139766
Users Today : 942
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21895
Users Last 30 days : 74422
Users This Month : 33491
Users This Year : 139765
Total Users : 139766
Views Today : 1292
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33940
Views Last 30 days : 115107
Views This Month : 51682
Views This Year : 214072
Total views : 214073
Who's Online : 54
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares