Sanggup bermalam dalam banjir demi 32 ekor kucing

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sebahagian daripada kucing peliharaan mereka yang diselamatkan daripada banjir.



KUALA TERENGGANU – Dua beradik di kawasan perumahan Bukit Kecil di sini rela bermalam dalam banjir kerana bimbang 32 ekor kucing peliharaan mereka dihanyutkan air.

Azmi Omar, 38, berkata, rumah mereka dinaiki air kira-kira satu meter susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Menurutnya, sebaik pulang dari tempat kerja petang semalam, beliau mendapati air sudah mencurah masuk ke dalam rumah.

“Bila sampai di rumah, ada beberapa ekor kucing berada di dalam air. Mujurlah saya sempat selamatkan, bimbang juga kalau ada yang lemas.

“Bermula jam 10 malam, air mula masuk ikut depan rumah. Saya dan kakak tidak sempat selamatkan apa-apa, cuma sempat alihkan kucing,” katanya.

Sementara itu, kakaknya, Azila Omar, 45, berkata, hampir 95 peratus barangan elektrik dan perabotnya rosak termasuk televisyen, katil dan almari.

Katanya, walaupun kerugian hampir RM10,000, namun beliau bersyukur kesemua kucing mereka selamat.

See also  Kucing tak perlu dimandikan- pakar haiwan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sanggup bermalam dalam banjir demi 32 ekor kucing " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Lambo tak cukup duit SmartTAG ‘menyusup’ bawah palang

Our Visitor

156767
Users Today : 608
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23422
Users Last 30 days : 78853
Users This Month : 50492
Users This Year : 156766
Total Users : 156767
Views Today : 1127
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35540
Views Last 30 days : 121477
Views This Month : 77678
Views This Year : 240068
Total views : 240069
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares