Anggota polis pukul teman wanita dengan besi angkara cemburu

Serdang: Cemburu apabila teman wanita didakwa curang menyebabkan seorang anggota polis tergamak menyerang mangsa dengan batang besi di pangsapuri wanita terbabit di Bandar Puchong Jaya di sini, jam 5.30 petang semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Terdahulu, lelaki berusia 34 tahun terbabit datang ke pangsapuri mangsa, 46, dan memaksanya turun untuk bertemu namun wanita terbabit enggan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, suspek kemudiannya merosakkan tiga kereta iaitu Honda Civic, Proton Satria Neo dan Perodua milik mangsa, anak dan suami anaknya.

See also  [Video] Samseng Jalanraya tidak peduli ketegasan undang-undang

Kejadian terbabit disaksikan anak perempuan mangsa yang berusia 26 tahun.

“Jiran mereka turut memaklumkan anak mangsa yang ibunya dipukul dengan besi sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Anak mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian. Susulan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan.

See also  TEMBAK ISTERI SEDANG TIDUR KERANA CEMBURU

“Siasatan awal mendapati, suspek mengamuk kerana cemburu apabila wanita terbabit menjalinkan hubungan dengan lelaki lain,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamine.

Kes disaisat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 2:50 PM

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
Gambar: Polis

See also  Salah seorang suspek kes pergaduhan di Beaufort di tangkap

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Anggota polis pukul teman wanita dengan besi angkara cemburu " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133182
Users Today : 1577
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20494
Users Last 30 days : 69197
Users This Month : 26907
Users This Year : 133181
Total Users : 133182
Views Today : 2529
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31872
Views Last 30 days : 108214
Views This Month : 41848
Views This Year : 204238
Total views : 204239
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares