Berlari 1.2 Km Cari Bantuan

Baharuddin mengarahkan saya mendapatkan bantuan selepas menyedari kami berdua parah akibat ditembak.

Berlari 1.2 Km Cari Bantuan

Bidor: “Baharuddin mengarahkan saya mendapatkan bantuan selepas menyedari kami berdua parah akibat ditembak.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Saya terpaksa berlari sejauh 1.2 kilometer (km) bagi mendapatkan motosikal untuk keluar mencari bantuan, selain terpaksa mendaki puncak bukit dalam keadaan gelap,” kata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Batalion 3, Sarjan Norihan a/l Tari, 39 yang cedera dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November lalu.

Menceritakan kembali kejadian itu, Norihan berkata, ketika kejadian dia dan mendiang Sarjan Baharuddin a/l Ramli, 54, berjalan di dalam gelap untuk melakukan tinjauan kali kedua di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan sasaran.

See also  Kementerian siasat kilang didakwa rasis di Ipoh

Katanya, dia berada di belakang Baharuddin sebelum tiba-tiba ternampak kelibat manusia yang dipercayai penyeludup juga sedang melakukan tinjauan.

“Kami berbalas tembakan dengan penyeludup terbabit menyebabkan saya dan Baharuddin parah, mendiang kemudian mengarahkan saya mendapatkan bantuan.

“Walaupun dalam keadaan parah, saya menguatkan semangat untuk keluar mendapatkan bantuan.

“Saya terpaksa tenangkan diri dan mengubah laluan keluar kerana takut terserempak dengan penyeludup yang berkeliaran di kawasan itu.

“Ketika itu, saya nekad walaupun dalam keadaan sakit dan nafas tersekat-sekat untuk mendapatkan bantuan daripada pos berdekatan,” katanya di kediamannya di Kem Batalion 3 PGA, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintendan Rosman Kasman dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Zuraini Majid.

Norihan berkata, dia hanya mengetahui rakan setugasnya yang mahir dalam penjejak kesan binatang dan manusia di hutan itu terkorban selepas beliau selesai menjalani pembedahan.

See also  WANITA PANDU KERETA LAWAN ARUS DITAHAN

Dalam pada itu, katanya, hanya satu daripada tiga butir peluru dikeluarkan dari badannya.

Katanya, dua lagi peluru yang menembusi tulang belakang pada bahagian pinggul tidak dapat dikeluarkan kerana dibimbangi boleh menyebabkannya lumpuh.

“Peluru yang dikeluarkan terletak berdekatan paru-paru dikeluarkan ketika pembedahan dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Walaupun sudah selesai menjalani pembedahan tetapi kesannya masih ada yang mana saya cepat penat bila berjalan.

“Doktor menasihatkan saya supaya melakukan senaman ringan bagi membolehkan paru-paru saya kembali berfungsi dengan baik,” katanya.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi, 24 November lalu, Sarjan Norihan Tari dan rakannya, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, berbalas tembakan dengan penyeludup sewaktu melakukan rondaan Op Benteng berhampiran Pos TS9 Padang Besar, Perlis.

See also  Siri Cerita F-team PDRM Paska Tamat Ancaman Komunis

Bagaimanapun Baharuddin terkorban dalam insiden itu selepas ditembak di perut manakala Norihan yang turut terkena tembakan sempat menyelamatkan diri.

Sumber My Metro

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2020

~This Is Polis Hutan Territory~

Kredit Polis Hutan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Berlari 1.2 Km Cari Bantuan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149656
Users Today : 1263
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22158
Users Last 30 days : 79378
Users This Month : 43381
Users This Year : 149655
Total Users : 149656
Views Today : 1761
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33426
Views Last 30 days : 121586
Views This Month : 66177
Views This Year : 228567
Total views : 228568
Who's Online : 25
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares