Jangan akhiri memori feri ikonik

Jangan akhiri memori feri ikonik

13 Disember 2020

 

Georgetown: Berikutan maklumat tular penamatan perkhidmatan feri Pulau Pinang, sekeluarga dari Kuala Lumpur memilih menaiki pengangkutan awam itu sebaik tiba di negeri ini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Hayati Abdul Tahir, 36, berkata, dia datang bersama 10 ahli keluarga memilih menaiki feri untuk kenangan mereka sekiranya benar perkhidmatan sejak 1894 itu tamat.

 

“Ini kali kedua saya menaiki Feri Pulau Pinang dan kali pertama ketika berusia 12 tahun. Sudah tentu ia memberi kenangan manis.

See also  Orang Politik NGO tiba tiba melompat isu halau PATI

 

“Sekiranya digantikan dengan penggunaan bot baru, wajarlah ia (feri) dikekalkan sebagai tarikan dan kesinambungan sejarahnya,” katanya ketika ditemui, hari ini.

 

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kemajuan Nusa Pulau Pinang Hazizi Padzil mahu kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula cadangan menggantikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan bot.

 

Sebaliknya, beliau berkata, kualiti pengangkutan ikonik itu yang perlu dipertingkatkan, berbanding dihentikan apatah lagi perkhidmatan bot gantian masih kurang jelas, selain terdapat cadangan penggunaan bot katamaran untuk pejalan kaki sahaja.

See also  Timbalan Menteri Kesihatan & EXCO Perak Didenda RM1000 Ingkar PKP

 

“Bagaimana dengan nasib penumpang berkenderaan ringan seperti motosikal, kereta, van dan lori empat tayar yang selama ini menggunakan perkhidmatan feri yang menghubungkan kawasan tanah besar dan pulau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Hazizi berkata, tidak menolak pemodenan dan feri yang uzur perlu diganti dengan perkhidmatan pengangkutan air lain namun menegaskan perkhidmatan sedia ada, menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau masih boleh ditingkatkan kualitinya.

 

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow turut dilapor berkata, mahu kerajaan menilai kembali cadangan penggantian feri dan membenarkan perkhidmatan sedia ada dibangunkan semula dengan penambahbaikan yang membolehkan penumpang berkenderaan menikmatinya.

 

See also  Kegigihan OKU Dekk Matt dan senyuman meredah cabaran getir
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Jangan akhiri memori feri ikonik " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156148
Users Today : 938
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24543
Users Last 30 days : 79972
Users This Month : 49873
Users This Year : 156147
Total Users : 156148
Views Today : 1705
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37217
Views Last 30 days : 123259
Views This Month : 76536
Views This Year : 238926
Total views : 238927
Who's Online : 9
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares