RON97, RON95 naik 5 sen, diesel naik 3 sen
Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen bermula tengah malam ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan harga RON97 naik daripada RM2.03 seliter kepada RM2.08 seliter.
Bagi RON95, harga naik daripada RM1.73 seliter kepada RM1.78 seliter.
Harga runcit diesel pula naik tiga sen daripada RM1.93 seliter kepada RM1.96 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " RON97, RON95 naik 5 sen, diesel naik 3 sen " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.