Hentak cermin kereta: Denda RM10,000 terhadap ‘Abang Botak’ kekal

Hentak cermin kereta: Denda RM10,000 terhadap ‘Abang Botak’ kekal

MyMetroMutakhir

 

Putrajaya: Hukuman denda RM10,000 yang dikenakan terhadap seorang lelaki digelar ‘Abang Botak’, yang rakaman videonya tular di media sosial kerana menghentak cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar, kekal selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pihak pendakwaan merayu terhadap hukuman Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara 12 bulan terhadap Danial Abdullah Tan, 33, dengan denda RM10,000 atau penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

 

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mempengerusikan panel tiga hakim kemudiannya membatalkan rayuan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh memaklumkan bahawa pihaknya memfailkan notis penarikan balik rayuan pada 17 November tahun lalu.

See also  Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

 

Peguam Azura Alias yang mewakili Danial tidak membantah penarikan balik rayuan itu.

 

Turut bersidang dalam prosiding itu dua Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Supang Lian.

 

Pada 20 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan Danial untuk mengetepikan hukuman penjara 12 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 31 Mei 2019 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

 

Mahkamah Tinggi itu menggantikan hukuman penjara 12 bulan dengan denda RM10,000 atau dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda. Danial membayar denda itu.

See also  {Rakaman} JuruTol disimbah air oleh pemandu samseng

 

Danial yang ketika itu pembantu stor didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dan menyebabkan kerosakan pada bahagian cermin hadapan Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 60, dengan cara mengetuk menggunakan topi keledar di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, pada 5.30 petang 28 Mei 2019.

 

Dia dihukum mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 

Pada Mei 2019, tular di media sosial rakaman video perbuatan lelaki itu memecahkan cermin hadapan kereta yang dirakam oleh mangsa menggunakan kamera ‘dashcam’.

See also  Video✓✓ Lagi kes ragut depan rumah

 

Kejadian itu didakwa berlaku selepas lelaki terbabit berang apabila mangsa membunyikan hon kereta kerana laluannya dihalang oleh lelaki berkenaan yang menunggang motosikal.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 3:27 PM

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Hentak cermin kereta: Denda RM10,000 terhadap 'Abang Botak' kekal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231713
Users Today : 154
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16353
Users Last 30 days : 61999
Users This Month : 41041
Users This Year : 231712
Total Users : 231713
Views Today : 237
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26350
Views Last 30 days : 98397
Views This Month : 66156
Views This Year : 358371
Total views : 358372
Who's Online : 8
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares