JKM cari waris bayi ditinggalkan di ‘baby hatch’

JKM cari waris bayi ditinggalkan di ‘baby hatch’

 

PETALING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling sedang mencari waris seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di ‘baby hatch’ Orphane Care di Petaling Jaya, Selangor pada Oktober tahun lalu.

JKM menerusi satu kenyataannya berkata, bayi tersebut ditinggalkan kira-kira jam 7.12 petang dengan sekeping nota bertulis “Assalammualaikum / salam sejahtera, mohon jagakan Muhammad Amir dengan baik. Tarikh lahir: 31.10.2020 jam 4.30 petang di Subang Jaya. Dilahirkan di rumah. Dia belum diberi makan. Terima kasih”.

 

Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Hasnizam Hassim berkata, bayi tersebut telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada hari yang sama untuk rawatan lanjut.

See also  Tentera boleh buat tangkapan Kuala Lumpur: Perdana Menteri

 

“Bayi tanpa sebarang dokumen itu kini ditempatkan sementara di bawah jagaan penjaga yang dilantik oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya, Selangor selama tempoh satu bulan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

 

Dalam pada itu, JKM turut mencari waris kepada seorang lagi bayi lelaki, Adam Eidress Haiqal yang berusia kira-kira enam bulan untuk tampil.

Menurut JKM, bayi itu diserahkan kepada ibu peliharaannya, Nor Ashikin Ahmad pada Jun tahun lalu di sebuah rumah beralamat Jalan 17/1, Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor.

See also  Terbukti Majikan Di Malaysia Adalah Manusia Paling Kedekut Di Asia Tenggara

“Ibu kandung bayi dikenali sebagai Luvi menyerahkan Adam kepada Nor Asyikin kerana dia mengalami masalah kewangan serta tidak mampu untuk membesarkan kanak-kanak tersebut.

 

“Kini kanak-kanak itu ditempatkan sementara di bawah jagaan penjaga yang dilantik oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya, Selangor selama tempoh satu bulan,” katanya pada Jumaat.

 

Sementara itu, Hasnizam memaklumkan bahawa pihaknya telah cuba untuk menghubungi ibu kandung kanak-kanak itu, namun sehingga kini gagal dihubungi dan tidak menampilkan diri.

 

“Sehubungan itu, orang awam yang mengenali ibu atau waris kanak-kanak terbabit diminta untuk menghubungi Unit Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di talian 03-7842 2584 atau 03-7842 2587 atau 019-2227471 bagi membincangkan hal penempatan kanak-kanak,” katanya.

See also  Lapangan Terbang Antarabangsa Alor Setar adalah yang pertama di Tanah Melayu
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " JKM cari waris bayi ditinggalkan di 'baby hatch' " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231744
Users Today : 185
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16384
Users Last 30 days : 62030
Users This Month : 41072
Users This Year : 231743
Total Users : 231744
Views Today : 288
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26401
Views Last 30 days : 98448
Views This Month : 66207
Views This Year : 358422
Total views : 358423
Who's Online : 17
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares