Pemancing jumpa mayat terapung

Pemancing jumpa mayat terapung

 

Penampang: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Moyog, berdekatan Kampung Tuavon, di sini, petang hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan dua sekeluarga yang memancing di jambatan gantung berdekatan sungai berkenaan pada 4.30 petang tadi.

 

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua pemancing terbabit dikatakan terlihat sesuatu benda hanyut yang kelihatan seperti manusia.

 

See also  Dua PGA hilang disahkan mati akibat rempuhan kepala air

 

Katanya, kedua-dua individu terbabit kemudiannya menariknya ke tepi sungai dengan menggunakan tali pancing.

 

“Sebaik berjaya ditarik ke tepi, kedua-dua mereka terkejut apabila mendapati benda yang hanyut berkenaan adalah mayat manusia dalam keadaan tertiarap.

 

“Mereka kemudiannya memanggil seorang lagi saudara mereka untuk membantu menghubungi polis bagi melaporkan penemuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Mohd Haris berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati, mayat lelaki terbabit berpakaian baju kemeja T lengan panjang dan berseluar hitam.

See also  {VIDEO} Aksi cemas Pemandu Alza lari dan Rempuh anggota PDRM

 

Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa berkenaan dipercayai lemas berdasarkan tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat.

 

“Polis percaya mangsa berusia lingkungan 30-an namun identiti mangsa masih belum diketahui berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

 

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan masih diteruskan,” katanya.

 

Sehubungan itu, Mohd Haris memohon kepada masyarakat yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke Balai Polis Penampang atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.

See also  Di mana Che Som?

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 9:29 PM

Juwan Riduan

am@hmetro.com.my

Video/gambar: Media sosial

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemancing jumpa mayat terapung " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238822
Users Today : 2078
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14899
Users Last 30 days : 58163
Users This Month : 48150
Users This Year : 238821
Total Users : 238822
Views Today : 2939
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24036
Views Last 30 days : 92693
Views This Month : 76990
Views This Year : 369205
Total views : 369206
Who's Online : 50
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares