Lagi rentap kerana ejas teman wanita geng lain.

17 bergaduh kerana teman wanita

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

18 Januari 2021, 8:23 pm

 

KUCHING – Disebabkan berebut seorang teman wanita, seramai 17 remaja lelaki dari dua kumpulan telah ditangkap kerana terlibat dalam satu pergaduhan di hadapan hotel terkemuka di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini, Ahad lalu (17 Jan).

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali berkata, kejadian terbabit berlaku sekitar pukul 11.50 pagi.

 

“Salah seorang suspek telah membawa sekumpulan rakannya untuk ‘confront’ (berhadapan) dengan seorang remaja lelaki yang dipercayai telah membawa teman wanitanya keluar bersama.

See also  Anggota polis minta sogokan disiasat

 

“Susulan itu, keadaan menjadi tegang apabila berlakunya perselisihan faham dan pertengkaran di antara kedua-dua kumpulan sehingga menyebabkan pergaduhan fizikal melibatkan topi keledar motosikal sebagai senjata,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi (18 Jan).

 

 

Kejadian tersebut dirakam dalam satu video berdurasi 56 saat oleh orang awam yang berada di dalam hotel.

 

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, pihak polis telah tiba di lokasi kejadian pada pukul lebih kurang 12.10 tengahari dan berjaya menahan empat orang lelaki sebelum menahan dua lagi suspek ketika mereka sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

See also  Video Pergaduhan Cybercity seorang ditahan tujuh diburu

 

“Kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada remaja lelaki tempatan berumur antara 17 hingga 19 tahun.

 

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dan merusuh yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan,” katanya dalam satu laporan siang tadi.

 

Ditanya samada sebilah parang digunakan dalam pergaduhan tersebut seperti yang dituntut dalam video rakaman yang viral, Salahuddin menyatakan bahawa objek yang digunakan dalam rusuhan itu adalah topi keledar motosikal dan polis tidak menemui parang. – K! ONLINE

See also  Rakaman gaduh: polis kesan enam lelaki

#Update

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lagi rentap kerana ejas teman wanita geng lain. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231813
Users Today : 254
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16453
Users Last 30 days : 62099
Users This Month : 41141
Users This Year : 231812
Total Users : 231813
Views Today : 397
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26510
Views Last 30 days : 98557
Views This Month : 66316
Views This Year : 358531
Total views : 358532
Who's Online : 6
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares