Perginya wira negara, doktor rawat pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat kepenatan

Perginya wira negara, doktor rawat pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat kepenatan

 

Madiha Abdullah Januari 20, 2021 01:30 MYT

 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan. Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Alla#h, Ampunilah dia berilah rahmat kepadanya, maafkanlah dia dan selamatkanlah dia

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar terakhir Allahyarham Dr Ali Noor Hassan yang sempat diambil oleh rakannya sebelum arwah jatuh sakit. -Facebook/Skuad Pengurusan Jenazah

 

SEORANG doktor yang merupakan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia pada Isnin dipercayai akibat kepenatan.

See also  Tergigit lidah atau boleh bibir sangat menyakitkan.Apakah punca ianya berlaku

 

Menerusi satu entri di laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia (SPJM), Dr Ali Noor Hassan adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018.

 

“Arwah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lepas.

 

“Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

 

“Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” hantaran itu menyebut.

See also  COVID-19: Kes turun seminggu, dua minggu lagi

 

“Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani COVID-19.

 

“Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan,” kata keterangan pada entri berkenaan.

 

Menerusi beberapa hantaran di Facebook, difahamkan kesihatan Allahyarham mula merosot awal Disember lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.

See also  Kawal berat badan antara 8 Keistimewaan Buah Berangan 

 

Sumber Facebook SkuadPengurusanJenazah

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Perginya wira negara, doktor rawat pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat kepenatan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238850
Users Today : 2106
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14927
Users Last 30 days : 58191
Users This Month : 48178
Users This Year : 238849
Total Users : 238850
Views Today : 2974
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24071
Views Last 30 days : 92728
Views This Month : 77025
Views This Year : 369240
Total views : 369241
Who's Online : 41
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares