Ibu tunggal bimbang anak ketinggalan PdPR

Ibu tunggal bimbang anak ketinggalan PdPR

 

PENDANG: Seorang ibu tunggal bimbang tiga anaknya ketinggalan dalam pelajaran apabila terpaksa berkongsi telefon pintar miliknya untuk mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

 

Siti Rohana Mohammad, 47, berkata, dia tidak mampu untuk menyediakan gajet buat setiap anaknya yang masih bersekolah iaitu Muhammad Firdaus Al-Thaf, 7, Muhammad Fahmi, 10, dan Intan Zarif Alia, 13.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Selain itu, saya juga terpaksa membeli data internet bagi memastikan anak-anak saya dapat mengikuti kelas dalam talian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mahawangsa, Mukim Padang Peliang dekat, semalam.

See also  Terengganu: 90 positif gara-gara 30 individu zon merah pulang beraya   

 

Katanya, dia tidak bekerja kerana perlu menjaga anak ketiganya, Muhammad Afiq Ikhmal Zakaria, 23, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) kategori penyakit saraf.

 

“Saya hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu sebanyak RM350 untuk beli keperluan Afiq yang mengalami penyakit saraf seperti lampin pakai buang, susu khas dan ubat.

 

“Bantuan zakat RM100 seorang untuk anak kelima Muhammad Fahmi,10, dan bongsu yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Siput digunakan untuk perbelanjaan seharian kami sekeluarga,” katanya.

See also  Pengguna LRT, MRT pada 27 dan 28 Mei diminta jalani ujian jika bergejala

 

Menurutnya, kesukaran yang dialami dua anak lelaki yang bersekolah di SK Sungai Siput dan Intan Zarif Alia, 13, pelajar Sekolah Agama Islahiah Islamiah di Lubok Merbau adalah apabila terpaksa berkongsi telefon pintar pada sesi PdPR.

 

“Salah seorang anak saya terpaksa menunggu sehingga selesai proses PdPR dua anak yang lain sedangkan sesi pembelajaran berlangsung pada masa sama iaitu antara pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

 

“Kadang-kadang saya terpaksa pinjam telefon pintar adik saya bagi memudahkan mereka belajar,” ujarnya.

See also  Status terkini COVID-19 setakat 30 September 2020

 

Tambahnya, dua anak lelakinya, Muhammad Zarul Afifi, 28, dan Muhammad Ridzuan, 27, yang bekerja sebagai buruh juga tidak mampu membeli gajet untuk kegunaan adik-adiknya. -UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ibu tunggal bimbang anak ketinggalan PdPR " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231758
Users Today : 199
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16398
Users Last 30 days : 62044
Users This Month : 41086
Users This Year : 231757
Total Users : 231758
Views Today : 307
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26420
Views Last 30 days : 98467
Views This Month : 66226
Views This Year : 358441
Total views : 358442
Who's Online : 11
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares