POLIS SIASAT DAKWAAN KEHILANGAN BARANGAN KEMAS MILIK PESAKIT COVID-19

POLIS SIASAT DAKWAAN KEHILANGAN BARANGAN KEMAS MILIK PESAKIT COVID-19

 

Seremban: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan barang kemas milik seorang pesakit yang meninggal dunia disyaki akibat Covid-19 ketika dia mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban, di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kes terbabit.

 

“Kita ada terima laporan mengenai perkara itu (kehilangan barang kemas daripada badan pesakit), setakat ini ia masih dalam siasatan,” katanya di sini, hari ini.

See also  VIDEO@4 sekawan merompak seorang berjaya diberkas

 

Terdahulu, juruteknik membuat laporan mengenai kehilangan barang kemas yang didakwa dipakai oleh ibunya sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19 di HTJ, Ahad lalu.

 

Menurut laporan polis itu, T Narenthiran, 31, mendakwa ibunya memakai set perhiasan emas ketika dia dan kakaknya membawa ibu mereka ke hospital selepas demam dan sukar bernafas, sebelum disahkan meninggal dunia.

 

“Semasa saya membawa ibu ke hospital, dia memakai barang kemas iaitu rantai emas berharga RM7,500, subang telinga emas berharga RM1,750, tiga gelang dan sebentuk cincin.

See also  Salah seorang suspek kes pergaduhan di Beaufort di tangkap

 

“Namun, ketika saya menuntut mayat ibu pada hari berikutnya, pihak hospital menyerahkan borang harta benda pesakit dan hanya sebentuk cincin emas berada dalam senarai borang itu, manakala barang kemas tidak ada,” katanya.

 

Narenthiran mengesyaki ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil barangan kemas berkenaan dan mendakwa keluarga mereka kerugian kira-kira RM9,250 atas kehilangan barang kemas berkenaan.

See also  Wanita lari dari PKPD untuk beraya, sebar Covid-19

– Harian Metro

#seremban

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " POLIS SIASAT DAKWAAN KEHILANGAN BARANGAN KEMAS MILIK PESAKIT COVID-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231687
Users Today : 128
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16327
Users Last 30 days : 61973
Users This Month : 41015
Users This Year : 231686
Total Users : 231687
Views Today : 196
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26309
Views Last 30 days : 98356
Views This Month : 66115
Views This Year : 358330
Total views : 358331
Who's Online : 14
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares