Koperal Siti Azizon terima bantuan menteri, Tentera Darat Malaysia

Koperal Siti Azizon terima bantuan menteri, Tentera Darat Malaysia

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) membantu meringankan beban yang ditanggung anggotanya, Koperal Siti Azizon Mohamad yang mengalami kesempitan hidup.

TDM dalam satu kenyataan berkata, Siti Azizon bertugas di Pusat Latihan Muzik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur sejak 19 Mac 2018, merupakan seorang ibu tunggal setelah bercerai pada penghujung tahun 2014.

 

“Hasil perkahwinan tersebut, beliau (Siti Azizon) dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan dua lelaki.

“Selain perlu menanggung empat anaknya, termasuk anak sulungnya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), beliau juga menanggung ibunya serta lima orang anak saudaranya yang kematian ibu pada penghujung 2019 yang lalu.

 

“Jumlah tanggungan yang ramai dengan hanya bergantung kepada satu punca pendapatan dikenal pasti menjadi punca kepada kesempitan hidup yang dialami oleh beliau sekeluarga,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

See also  ATM Tahan 2 Tekong Tempatan Bersama 15 PATI Indonesia

 

Nazari hadir menyantuni Siti Azizon di kediamannya di Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada Rabu, bagi meninjau permasalahan anggota tersebut selain memaklumkan bentuk bantuan yang dapat disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

Terdahulu, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Nazari Abd Hadi telah menyantuni Siti Azizon di kediamannya di Sungai Besi, di sini pada Rabu bagi meninjau lebih jelas situasi dan permasalahan anggota tersebut selain memaklumkan bentuk bantuan yang dapat disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

Tambah kenyataan itu, TDM telah mengenal pasti beberapa bentuk bantuan yang dapat meringankan beban dan masalah yang dihadapi oleh anggota tersebut.

 

Katanya, itu termasuk sokongan untuk anggota tersebut dinaikkan ke pangkat Koperal pada bulan November 2020 lalu sebelum beliau menamatkan perkhidmatan yang dijadual pada 31 Julai 2021.

See also  Sajian istimewa OPS MURNI Dapur Tentera Darat khas untuk mangsa banjir .

 

“Selain itu, Menteri Kanan Pertahanan turut bersetuju untuk memberikan sumbangan peribadi melibatkan bayaran sewaan rumah sebanyak RM1,000 sehingga rumah beliau di Machang, Kelantan siap dibaik pulih.

 

“Menteri Kanan Pertahanan juga akan menaja bantuan keperluan makanan untuk Siti Azizon sekeluarga mengikut keperluan dari masa ke masa,” katanya.

 

Tambah beliau, beberapa inisiatif lain yang sedang diusahakan TDM antaranya melalui Tabung Kebajikan Angkatan Tentera – Tabung Sejambak Kasih untuk anggota atau waris yang menghidap penyakit kronik secara one off.

 

Nazari hadir menyantuni Siti Azizon di kediamannya di Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada Rabu, bagi meninjau permasalahan anggota tersebut selain memaklumkan bentuk bantuan yang dapat disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

“Ini juga termasuk bantuan dari Tabung Zakat ATM yang memberikan bantuan kewangan pada setiap tahun. TDM juga merancang melaksanakan membaik pulih kediaman yang telah dibeli oleh Siti Azizon di Machang, Kelantan.

See also  Isu Jet perisikan Israel, Facebook ATM, TUDM ‘diserang’ Netizen

 

“Projek yang akan dilaksanakan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2021 dengan kos pembaikan sebanyak RM15,000 ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan,” katanya.

 

Siti Azizon kini sedang menjalani kursus Latihan Peralihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Kem Sungai Buloh di dalam pengkhususan kursus Usahawan Food Court sejak 6 Oktober 2020 sehingga 5 April 2021.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Koperal Siti Azizon terima bantuan menteri, Tentera Darat Malaysia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239110
Users Today : 2366
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15187
Users Last 30 days : 58451
Users This Month : 48438
Users This Year : 239109
Total Users : 239110
Views Today : 3339
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24436
Views Last 30 days : 93093
Views This Month : 77390
Views This Year : 369605
Total views : 369606
Who's Online : 37
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares