Lelaki mati depan komputer

Lelaki mati depan komputer

 

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID

30 Januari 2021, 11:16 am

 

SEBERANG PERAI – Bomba terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah di Taman Jambu Mawar, Bukit Mertajam di sini malam tadi selepas penghuninya didapati tidak sedarkan diri dalam keadaan pintu rumah terkunci.

Perkara itu disedari jiran mangsa sebelum menghubungi bomba kira-kira pukul 9.30 malam.

See also  Nenek pijak cucu OKU hingga maut di reman sambung 6 hari

 

Difahamkan, ketika ditemui, mangsa berusia 60-an yang dipercayai tinggal bersendirian itu berada di ruang tamu dalam keadaan duduk di atas lantai menghadap sebuah komputer riba.

 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima laporan oleh jiran mangsa yang memaklumkan pintu rumahnya terkunci dan dikhuatiri telah meninggal dunia.

 

“Bomba memecahkan pintu dengan menggunakan peralatan khas sebelum mendapati seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri berada di dalam rumah.

See also  109 Sembuh 2 Maut 563 kes baru COVID19Malaysia 12 Okt 2020

 

“Dia disahkan telah meninggalkan dunia oleh wakil Kementerian Kesihatan sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

Jurucakap itu berkata, operasi oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda itu tamat pada pukul 10.07 malam. – K! ONLINE

See also  Video] F*CK cikgu dah, Ini buang buku teks dlm sungai pula

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki mati depan komputer " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231776
Users Today : 217
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16416
Users Last 30 days : 62062
Users This Month : 41104
Users This Year : 231775
Total Users : 231776
Views Today : 332
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26445
Views Last 30 days : 98492
Views This Month : 66251
Views This Year : 358466
Total views : 358467
Who's Online : 6
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares