Tak perlu lagi berjemur ikuti PdPR

Tak perlu lagi berjemur ikuti PdPR

 

 

Shah Alam:Dua beradik yang juga murid Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Seksyen 31 di sini, akhirnya menarik nafas lega apabila tidak perlu lagi berjemur untuk mencari capaian internet di luar rumah bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), sejak sesi persekolahan bermula minggu lalu.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Senyuman kelihatan terukir pada wajah Muhammad Hazmi Mirza Umi Azilani, 12, dan adiknya Dhiya Hannah Mirza Umi Azilani, 10, sejurus Telekom Malaysia (TM) selesai memasang kabel internet di kawasan rumah mereka, semalam.

 

Ibu mereka, Haniza Abdul Majid, 38, berkata, anak-anaknya terpaksa mengikuti sesi PdPR dengan ‘berjemur’ di luar rumah sejak bermulanya sesi persekolahan pada 20 Januari lalu berikutan capaian internet di dalam rumah mereka, di Kampung Jalan Kebun lemah.

See also  Ibu tunggal bimbang anak ketinggalan PdPR

 

“Muhammad Hazmi Mirza dan Dhiya Hannah Mirza menghabiskan masa antara tiga hingga empat jam setiap hari persekolahan bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari dengan berada di luar rumah untuk mengikuti PdPDR.

 

“Capaian internet dalam rumah amat tidak memuaskan. Saya hanya boleh menghantar pesanan melalui WhatsApp sahaja. Sebarang interaksi melalui video atau kandungan yang besar boleh dibuka apabila berada di luar rumah termasuk sesi PdPR menggunakan aplikasi seperti Google Meet atau Zoom,” katanya tadi.

See also  10 tahun merantau dan mendidik murid-murid Kinabatangan

 

Bagaimanapun, Haniza menzahirkan rasa syukur apabila TM bersetuju memasang kabel internet di rumahnya selepas gambarnya menemani Dhiya Hannah Mirza belajar di luar rumah tular di media sosial sejak Rabu lalu.

 

“Pihak TM datang ke rumah saya semalam bertanyakan masalah dihadapi dan bersetuju untuk membantu. Mereka datang memasang kabel jam 9 pagi tadi dan dijangka pada Sabtu atau Ahad, saya akan dapat capaian internet di dalam rumah.

 

“Sebelum ini, saya adalah pelanggan internet TM tetapi disebabkan capaian yang teruk dan sering terputus, saya ambil keputusan untuk tamatkan langganan. Saya diberitahu oleh kontraktor TM dahulu yang kawasan rumah saya ini ada masalah capaian internet,” katanya.

See also  Penonton boleh hadir ke stadium saksi Liga Malaysia mulai 1 April

 

Katanya, dengan capaian internet yang baik di dalam rumahnya untuk kegunaan anak-anaknya sepanjang PdPR nanti, dia boleh menumpukan sepenuh perhatian menjaga ibunya, Limidah Haton, 74, yang terlantar hampir setahun lalu, akibat menghidap penyakit angin ahmar.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tak perlu lagi berjemur ikuti PdPR " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239092
Users Today : 2348
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15169
Users Last 30 days : 58433
Users This Month : 48420
Users This Year : 239091
Total Users : 239092
Views Today : 3316
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24413
Views Last 30 days : 93070
Views This Month : 77367
Views This Year : 369582
Total views : 369583
Who's Online : 40
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares