Banyak kesan cedera baru, lama pada badan Adik

Banyak kesan cedera baru, lama pada badan Adik

 

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA

31 Januari 2021, 11:16 pm

 

MELAKA – Hasil bedah siasat selama hampir 11 jam dijalankan terhadap kanak-kanak berusia tujuh tahun yang maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, kelmarin menemui banyak kesan kecederaan di kepala dan belakang badan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, bagaimanapun pihak polis masih menunggu laporan penuh siasatan berhubung punca sebenar kecederaan tersebut.

“Hasil bedah siasat telah selesai dijalankan, namun kita masih belum menerima laporan penuh kerana doktor masih menunggu maklumat lanjut daripada bahagian makmal untuk mengesahkan punca kematian.

See also  Gara-gara enggan basuh baju seorang junior patah tangan dikerjakan 10 senior

 

“Bagaimanapun kita dimaklumkan memang ada kesan kecederaan terutama di bahagian kepala dengan terdapat kesan luka baru sebesar tiga sentimeter.

 

“Selain itu, terdapat juga kesan luka baru dan lama diseluruh anggota termasuk di belakang badan,” katanya ketika sidang media di pekarangan luar Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka di sini, hari ini.

 

Jelasnya, maklumat makmal itu merangkumi hasil dapatkan dari spesimen yang diambil termasuk dari bahagian paru-paru, jantung, hati dan bahagian abdomen lain.

 

Katanya, setakat ini, pihaknya yakin kecederaan itu berpunca daripada objek tumpul.

See also  Video Abang ViVa Viral berbekal RM50 redah perjalanan ke Selangor dan Pahang

 

“Kita masih menyiasat sama ada mangsa memperoleh kecederaan itu disebabkan dia terjatuh atau perlakuan mana-mana individu (didera).

 

“Kita juga masih belum dapat mengesahkan sama ada kanak-kanak itu mati akibat lemas seperti yang didakwa bapa tirinya ketika membuat laporan, kelmarin,” katanya.

 

Mengulas lanjut, beliau turut menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan kanak-kanak tersebut telah lama meninggal dunia.

 

“Berdasarkan keadaan fizikal mangsa ketika ditemui, dia dianggarkan baru sahaja meninggal dunia, kira-kira kurang dua jam.

 

“Semua dakwaan netizen mengatakan kanak-kanak itu telah lama meninggal dan badannya kembung serta sebagainya adalah tidak benar,” katanya.

See also  [VIDEO] Pokok keladi depan masjid pun kena rembat

 

Mengulas lanjut mengenai tuntutan jenazah, Mohd. Sukri berkata, jenazah kanak-kanak itu akan diserahkan kepada waris untuk proses pengebumian. -K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Banyak kesan cedera baru, lama pada badan Adik " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156035
Users Today : 825
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24430
Users Last 30 days : 79859
Users This Month : 49760
Users This Year : 156034
Total Users : 156035
Views Today : 1409
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36921
Views Last 30 days : 122963
Views This Month : 76240
Views This Year : 238630
Total views : 238631
Who's Online : 0
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares