Semua jenis DERMA mesti ada kebenaran dari PDRM

 

Semua jenis DERMA mesti ada kebenaran dari  PDRM

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

GOMBAK: 1 Feb 2021 Pihak yang ingin membuat sebarang kutipan derma, termasuk sumbangan untuk bantuan COVID-19, perlu mendapatkan kebenaran daripada polis terlebih dahulu.

 

“Seksyen 3(2) dan 3(3) Akta Kutipan Rumah ke Rumah dan Jalanan 1947 memperuntukkan bahawa kutipan derma perlu mendapat permit sah daripada Polis Diraja Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa mengikut prosedur biasa, pelaksanaan aktiviti mengutip derma mesti mendapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak ia disalahgunakan.

See also  Abang Viva Viral Nafi kenakan bayaran

 

Beliau menjelaskan sedemikian ketika ditanya berhubung aktiviti sumbangan untuk Tabung COVID-19 Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melalui platform aplikasi e-dagang, Lazada Malaysia.

 

“Saya tidak pasti, boleh rujuk PPUM. Namun saya difahamkan, prosedur mengutip derma ialah mesti mendapat kelulusan PDRM.

 

 

“Sesiapa mahu mengutip derma, termasuk menggunakan tong atau tabung, kena melalui PDRM. Jika tidak, mereka boleh mengutip dan menyalahgunakan derma itu.

See also  Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam beg plastik di hadapan sebuah rumah

 

“Sebagai contoh kalau banjir, hendak mengutip derma juga perlu laporkan kepada PDRM,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke sekatan jalan raya di Sentul dan Plaza Tol Gombak, hari ini.

 

Pengarah PPUM, Prof Dr Nazirah Hasnan dalam satu kenyataan sebelum ini, berkata pihaknya sejak awal penularan COVID-19 lagi mengalu-alukan sumbangan dalam pelbagai bentuk, terutama daripada syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

 

Dr Nazirah berkata, inisiatif Lazada Malaysia menyediakan platform melaksanakan program memacu sumbangan dan memilih pelbagai organisasi, termasuk PPUM, sebagai salah satu entiti untuk menerima sumbangan itu.

See also  Video saat penjenayah Bob Mah Sing dan Rakannya lari keluar dari Proton Waja
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Semua jenis DERMA mesti ada kebenaran dari PDRM " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367145
Users Today : 2057
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11777
Users Last 30 days : 64124
Users This Month : 56163
Users This Year : 367144
Total Users : 367145
Views Today : 3087
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17983
Views Last 30 days : 99124
Views This Month : 86925
Views This Year : 565991
Total views : 565992
Who's Online : 27
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares