Cabar SOP Degil melepak di kolam renang, tiga ditahan polis

Degil melepak di kolam renang, cabar SOP tiga ditahan polis

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID

1 Februari 2021, 7:00 pm

 

SEBERANG PERAI – Akibat berdegil dan tidak mengendahkan teguran pengawal keselamatan, tiga lelaki ditahan polis hari ini selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berkumpul di kawasan kolam renang sebuah kondominium di Bukit Mertajam di sini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketiga-tiga mereka dikatakan melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebelum pengawal keselamatan membuat laporan polis hari ini.

See also  Seorang daripada dua suspek menaiki proton waja MAS 175 diberkas polis

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, satu video mengenai kejadian itu tular di aplikasi WhatsApp hari ini dipercayai dirakam oleh pengawal keselamatan itu.

 

“Video itu memaparkan tiga lelaki sedang berkumpul di pekarangan kolam renang sebelum didatangi pengawal keselamatan yang meminta mereka beredar.

 

“Namun, salah seorang daripadanya enggan beredar dan menyuruh pengawal keselamatan melaporkan perkara itu kepada polis selain memberi alamat rumah untuk mencarinya,” katanya kepada pemberita hari ini.

See also  'Hidup kami tidak aman...'

 

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada salah seorang pengawal keselamatan sebelum tangkapan ke atas tiga lelaki bujang berusia 20, 22 dan 41 tahun dibuat di rumah berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang.

 

“Siasatan mendapati mereka pergi ke kolam renang di tingkat tujuh dan melakukan kesalahan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan berkumpul di tempat awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya. – K! ONLINE

See also  Perselisihan faham jadi punca majikan bakar motosikal pekerja 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Cabar SOP Degil melepak di kolam renang, tiga ditahan polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133175
Users Today : 1570
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20487
Users Last 30 days : 69190
Users This Month : 26900
Users This Year : 133174
Total Users : 133175
Views Today : 2517
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31860
Views Last 30 days : 108202
Views This Month : 41836
Views This Year : 204226
Total views : 204227
Who's Online : 2
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares