Guna FB isteri tinggal komen jelik di Live MKN

Guna FB isteri tinggal komen jelik di Live MKN

 

Oleh NUR HUDA MUSA

5 Februari 2021, 11:21 am

 

PETALING JAYA – Seorang wanita kesal selepas akaun Facebooknya digunakan oleh suaminya untuk memberi komen berbaur lucah di siaran langsung Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Perkara tersebut menjadi tular selepas komen berkenaan dikecam teruk oleh ramai pengguna Facebook.

 

Bagaimanapun, pemilik sebenar akaun tersebut yang dikenali sebagai Dilla, telah memuatnaik satu hantaran status bagi menjelaskan keadaan sebenar.

See also  DIDENDA RM500 KERANA LASTIK KERETA BEKAS ISTERI

 

“Akaun Facebook itu milik saya, Puan Dilla. Tiada kata-kata untuk saya ungkapkan sebagai seorang perempuan yang beragama islam, seorang guru, seorang anak, seorang isteri.

 

“Apa tindakan saya sebagai seorang isteri yang bila mana suami menggunakan akaun Facebook saya meluahkan kata-kata seperti itu. Walaupun saya telah padam, benda dah tersebar. Dan saya rasakan ini ujian bagi saya. Allahuakbar,” katanya.

 

Beberapa jam selepas kenyataan pemilik akaun sebenar itu dimuat naik, seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan suami kepada wanita terbabit telah memuatnaik sebuah klip video pengakuan dan memohon maaf.

See also  Carl Samsudin mohon maaf

 

“Saya sebenarnya yang menulis komen itu menggunakan telefon isteri saya tanpa pengetahuannya. Sebenarnya, komen itu ditujukan kepada pihak kerajaan agar segera tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

“Saya tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Jadi, saya minta abaikan komen tersebut. Saya akui status itu tidak elok dibaca oleh orang ramai,” jelasnya dalam sebuah video berdurasi lapan minit.

 

Menurutnya, komen itu telah dipadam kira-kira sepuluh minit kemudian tetapi sempat dirakam oleh pengguna lain.

See also  Hilang isteri, anak dalam kandungan kerana Covid-19

 

Difahamkan, akaun Facebook milik kedua-dua pasangan suami isteri itu kini telah dinyahaktif. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Guna FB isteri tinggal komen jelik di Live MKN " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156698
Users Today : 539
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23353
Users Last 30 days : 78784
Users This Month : 50423
Users This Year : 156697
Total Users : 156698
Views Today : 961
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35374
Views Last 30 days : 121311
Views This Month : 77512
Views This Year : 239902
Total views : 239903
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares