Covid19: Suri rumah buntu HUKM minta deposit RM5,000

Covid19: Suri rumah buntu HUKM minta deposit RM5,000

06 Feb 2021

 

Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid berkata, terdapat salah faham mengenai caj kepada pesakit terlibat.

 

SHAH ALAM – Satu klip video tular di media sosial sejak Jumaat yang memaparkan seorang suri rumah meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan sebuah hospital.

 

Berdasarkan rakaman video berdurasi tiga minit itu, suri rumah berkenaan turut kelihatan menangis dan tidak dapat menahan perasaannya apabila menceritakan mengenai situasi dihadapinya.

See also  Santan kelapa berkhasiat untuk tubuh badan

 

Dia mendakwa suaminya sebelum ini telah dibawa ke hospital berkenaan selepas didapati positif Covid-19 dan tidak sedarkan diri.

 

“Sejak ditahan di wad, pihak hospital langsung tidak menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai perkembangannya.

 

“Sampailah saya kena hubungi sendiri dan waktu itu baru mereka maklumkan suami masih tak sedarkan diri dan positif Covid-19 serta sudah diberi ubat.

 

“Lebih mengecewakan selepas lima hari suami ditahan, tiba-tiba mereka hubungi saya untuk minta deposit sebanyak RM5,000,” katanya dengan nada sebak.

See also  Begini suasana Rakyat B40 mengharungi ujian kehidupan

 

Menerusi video sama, suri rumah itu berkata, dia buntu untuk mendapatkan wang itu kerana dia tidak bekerja serta perlu menjaga tiga orang cahaya mata di mana salah seorang daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU).

 

Dalam pada itu, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid berkata, terdapat salah faham mengenai caj kepada pesakit terlibat.

 

Bagaimanapun, beliau berkata, permasalahan itu sudah ditangani dan pihak hospital juga telah hubungi waris pesakit terlibat.

 

“Tiada caj dikenakan terhadap pesakit yang didiagnosis penyakit disebabkan wabak,” katanya.

See also  Apa itu Vitamin A

 

Difahamkan, keluarga suri rumah terbabit juga akan menjalani saringan Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras pada Sabtu.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Covid19: Suri rumah buntu HUKM minta deposit RM5,000 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146494
Users Today : 2943
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21800
Users Last 30 days : 77892
Users This Month : 40219
Users This Year : 146493
Total Users : 146494
Views Today : 4072
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33129
Views Last 30 days : 119345
Views This Month : 61259
Views This Year : 223649
Total views : 223650
Who's Online : 34
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares