Ops Kelah Bukti Kejaguhan F Team Membenteras Ancaman Komunis

ATOK ZAHRIMAN BERCERITA.

 

OPS .KELAH.

 

Hari ni atok nak buka cerita pasal Op Kelah pula. Tempoh hari atok dah cerita pasal Op Kelong oleh F Team yang menghasilkan tangkapan hidup2 Pengganas Komunis sejumlah 19 orang termasuk Batman. Op Kelah sebenarnya adalah kesinambungan kepada Op Kelong…Op Kelah adaĺah projek lebih besar, memakan masa lebih lama iaitu 2 tahun untuk melaksanakannya…tapi hasilnya lebih besar, tangkapan keatas Komunis jumlah kedua paĺing besar dalam sejarah F Team dan Cawangan Khas….

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ceritanya pun sangat panjang…bersambung2 dan berkait2…oleh itu sila baca dengan teliti, hadami kandungannya satu persatu. Nama2 pengganas dan nama2 Cina mungkin membuat kita keliru…nama2 Op yang berbeza2 jugak boleh mengeĺirukan anda….Apa pun atok cuba menyampaikan cara terbaik, bahasa paling mudah, dan jalan cerita yang tersusun tidak bercampur aduk…

Baiklah…kita berbalik kepada Op Kelong, selain tangkapan keatas pengganas di Telemong, Cawangan Khas telah dapat menangkap kira2 1700 anggota bawah tanah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan…semua hasil maklumat dari Robin, iaitu Ketua MNLF yang ditangkap bersama isterinya di tepi hutan Telemong…setiap maklumat yang dia berikan telah snowball menjadi lebih banyak maklumat, dan lebih banyak tangkapan…

 

Ekoran dari Op Kelong juga, Cawangan Khas membongkar satu lagi unit pengganas iaitu 7th AWF yang bergerak di Benta dan Cheroh, Raub, Pahang. F Team telah menjalankan operasi sulit untuk menangkap dua orang PGĶ dari unit 7th AWF ini…sayangnya hanya seoŕang sahaja dapat diberkas, seorang lagi memboloskan diri.

 

Cawangan Khas menyoal siasat PGK yang ditawan…beliau memberitahu, kemungkinan besàr rakannya yang bolos itu akan lari ke arah utara menuju Kuala Lipis dan mencari perlindungan dengan seorang penyokong Komunis di sebuah ladang getah jauh di pendalaman di Kuala Lipis.

 

Berbekalkan maklumat yang diberi oleh PGK itu, tuan Kamaruddin Hashim @Kenny pergi ke IPD Kuala Lipis…dia mencari squadmatenya di sana, Tuan Mahmud Hambali. Tuan Mahmud kebetulan adalah Squadmate atok juga, kami sama2 masuk kerja 16 jun 1969…. perangai dia sama macam Kenny…berani tahap gila …satu ungkapan untuk orang yang sangat berani.

See also  Lelaki ditahan bawa pisau dalam masjid, ganggu jemaah

 

Kenny dan Mahmud, hanya berdua…mereka membuat ambush keatas sebuah rumah dalam ladang getah saperti diberitahu oleh PGK dalam tahanan… mereka menunggu kedatangan PGK yang melepaskan diri dari Benta… kita gelar dia Loner sebab dia hanya seorang diri.

 

Tepat saperti dijangkakan, waktu malam Loner tiba di rumah itu…Kenny dan Mahmud terus membedil lalu membunuh dia. Sebenarnya Cawangan Khas tak perlu dia ditawan, sebab tak ada maklumat taktikal darinya…cawangan Khas lebih fokus untuk menangkap orang yang dia ingin temui…sebaik PGK dibunuh, Kenny dan Mhmud merempuh ke dalam rumah…dijumpai 3 orang dalam rumah itu…seorang perempuan cina setengah umur, seorang anak lelakinya belasan tahun, dan seorang pekerja leĺaki…Untuk tujuan pengenalan atok rujukkan perempuan Cina itu sebagai MC…MC banyak timbul dalam cerita atok kelak… MC mengaku dialah kenalan kepada pengganas yang ditembak mati. Cawangan Khas segera menahan ketiga mereka secara rahsia dan dibawa balik untuk soalsiasat malam tu juga….

 

Dalam soalsiasat MC mengaku dia memain berperanan sebagai Master Courier antara PGK dengan underground…Rupanya dia sudah lebih 10 tahun memain peranan sebagai master courier termasuk menghantar surat rahsia (roll slip) mengandungi arahan2 dari ketua pengganas paling ulung iaitù PGK Chong Chor kepada kumpulan underground, juga menerima dan menghantar roll slip yang datang dari PKM di Thailand….disamping itu MC amat aktif dan licik memain peranan sebagai penerima dan penghantaŕ berbagai jenis bekaĺan untuk PKM termasuk untuk PGK Chong Chor. Dia seorang yang sañgat dipercayai oĺeh PKM…

 

Alhamdulillah MC segera dapat dijinakkan oleh Cawangan Khas…dia memberi kerjasama sepenuhnya…ĺalu dia dibebaskan segera untuk menjalani kehidupan harian macam biasa…dia dah dijadikan source oleh Cawangan Khas.

 

Penemuan ini adaĺah satu breakthrough yang sangat besar bagi Cawangan Khas. Sekarang kita dapat segala maklumat penting mengenai PKM…arahan2 PKM dari Thailand kita dapat baca, sebarang arahan dari ketua gerombolan Chong Chor di semenanjung kita dapat kesan, apa2 perantaraan unit2 underground semua kita tau…

See also  Video✓✓Warga asing pandu lawan arus hampir bertembung dengan kereta grab

 

MC punya seorang abang yg tinggal di Padang Tunku, Kuala Lipis, dia juga adalah penyokong komunis. Dari MC kita ketahui bahawa abangnya sering di hubungi melalui surat2 oleh Ketua Unit Penggempur ke16 (16th Assault Unit) yg berada di daerah Betong Selatan Thailand. MC juga memberitahu rancangan 16th Assault Unit untuk datang dari Thailand pergi ke Kuala Lipis…..mereka akan mencari MC apabila sampai di Kuala Lipis kelak…

 

Cawangan Khas mengambil tindakan menangkap abang MC, juga secara sulit. Surat2 komunis yang ada dalam tangan nya turut dirampas. Dari surat2 itu Cawangan Khas dapat tahu bahawa 16th Assault Unit sudah pun dalam perjalanan dari Betong ke Lipis melalui sempadan Perak/Kelantan, kemudian mereka menyusur the Eastern Corridor, iaitu kaki gunung banjaran Titiwangsa sebelah timur…

 

Perjalanan 16th Assault Unit dari Betong menuju K Lipis dengan menyusur kaki gunung Banjaran Titiwangsa sebeĺah timur adalah tanpa gangguan. Di sana tak ada rekod kehadiran pengganas, dengan demikian tiada rondaan oleh Pasukan keselamatan…namun pergerakan mereka dalam hutan sangat perlahan…maklum mereka banyak bawa barang, saperti makanan kerana di sana tak ada food dump, mereka juga bawa senjata berat, dan mereka bawa radio set canggih untuk diberi kepada Chong Chor…terrain di kawasan itu pun sangat curam, dan sangat susah direntasi…

 

Mereka mengambil masa satu bùlan untuk sampai Gua Musang. Tiba di Gua Musang muĺa2 mereka merancang nak naik keretapi menuju Kuala Lipis….semua perancangan ini dapat dikesan oleh Cawangan Khas ( ingat kita mengendali source MC yang bersifat Master courier). Apabiĺa mendapat maklumat itu, F Team terpaksa menghantar anggotanya dengan menyamar setiap hari, berùĺang alik naik train dari Gua Musang semata2 untuk mengesan mereka…namun tak juga kelihatan.

 

Rupanya 16th Assault Unit telah ubah rancangan untuk naik sampan dari Gua Musang ke K Lipis keraña mereka fikirkan tempat pendaratan nanti akan terus sampai ke destinasi yang mereka tuju…selepas beberapa hari merancang, keputusan menaiki sampan juga dibatalkan atas sebab keselamatan…Akhirnya mereka buat keputusan untuk terus meredah hutan sampai ke Kuala Lipis.

See also  'Datuk Seri' ugut memporak-perandakan polis - Ayob Khan

 

Di masa sama Cawangan Khas tak perlu terburu2 untuk bertindak…kami tau pengganas itu kelak akan menghubungi source kami MC sebaik tiba di Kuala Lipis…dan Cawangan Khas hanya perlu tunggu peluang yang lebih sesuai untuk bertindak…bukan untuk bunuh tapi untuk tawan mereka…

 

Akhirnya kumpulan pengģanas itu tiba di Padang Tunku, sebuah pekan kecil di utara Kuala Lipis, dan mereka menghubungi abang kepada MC….rancangan mereka adalah untuk pergi bergabung dengan 6th Assault Unit iaitu di bawah Chong Chor. Kami suruh abang MC nasihatkan mereka duduk berehat di tepi hutan Padang Tunku…yakinkan tempat itu selamat…dan suruh mereka tunggu di sana sehingga wakil dari 6th Assault Unit datang untuk menemui mereka…sebenarnya itu semua cerita yang di reka2 oleh Cawangan Khas untuk mengabui mereka dan akhirnya masuk ke perangkap Cawangan Khas…Alhamdulillah, MC sentiasa menyebelahi Cawangan Khas dan dia tak maìn kayu tiga dengan kita…

 

Atok tau ramai yang bertanya macamana kita jinakkan musuh dengan sekejap masa dan kita boleh buat mereka berpusing balik menetang kawan2 mereka sendiri yang sudah begitu lama berkecimpung dengan mereka…jawapan atok itulah kelebihan Cawangan Khas…kami punya trade craft terbaik dalam dunia, dan trade craft itu kekal menjadi rahsia kami….Cawangan Khas adalah satu2nya organisasi perisikan dalam dunia yang telah berjaya menewaskan Pengganas Komunis…

 

Atok berhenti di sini. Episod akan datang atok cerita bagaimana F Team pasang perangkap untuk menangkap hidup2 Pengganas Komunis dari 16th Assault Unit seramai 24 orang dàn juga 5 orang dari 6th Assault Unit termasuk bodyguard orang kesayangan Chong Chor…

 

Nukilan Zahriman Alias

6 Feb 2021.

 

  1. #atokzahrimanbercerita #
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ops Kelah Bukti Kejaguhan F Team Membenteras Ancaman Komunis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149625
Users Today : 1232
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22127
Users Last 30 days : 79347
Users This Month : 43350
Users This Year : 149624
Total Users : 149625
Views Today : 1715
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33380
Views Last 30 days : 121540
Views This Month : 66131
Views This Year : 228521
Total views : 228522
Who's Online : 24
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares