Isu J&T Salah faham punca kejadian lempar barang pelanggan

Salah faham punca kejadian lempar barang pelanggan

 

PETALING JAYA – Kurang jelas dengan sistem pengagihan bonus dalam kalangan pegawai jabatan didakwa menjadi punca kejadian mogok serta tindakan melempar barangan milik pelanggan oleh kakitangan J&T Express yang tular sejak semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

J&T Express menerusi satu kenyataan berhubung kejadian itu berkata, pihak syarikat memohon maaf kepada semua yang terkesan dan sedia menerima pendapat serta cadangan orang ramai.

 

“Untuk menjamin kebajikan pekerja, kami mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kebenaran tentang apa yang terjadi kepada orang ramai.

 

“Kami komited membangunkan sistem pampasan dan faedah yang lengkap untuk meningkatkan faedah pekerja, jadi J&T telah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun setelah pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus, serta Undang-Undang Perburuhan Malaysia,” katanya.

See also  Wanita terkilan terima bungkusan koyak, telefon pintar dibeli secara ‘online’ untuk kegunaan PdPR anak lesap

 

Tambah kenyataan itu, bonus penuh dibayar kepada pekerja yang telah bekerja selama satu tahun dan bonus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun.

 

“Oleh kerana kurang jelas sistem pengagihan bonus di kalangan pegawai jabatan, ia menyebabkan pengagihan bungkusan secara ganas yang berlaku pada 4 Februari lalu termasuk menghasut beberapa pekerja untuk membuat gangguan serta menyebarkan video ke media sosial.

“Kami ingin menjelaskan bahawa J&T tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja, dan pihak kami akan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat dan institusi berkenaan,” ujarnya.

See also  Bungkusan dibalut seluar dalam

 

Mengulas lanjut berhubung insiden tersebut, J&T Express sekali lagi meminta maaf atas kekurangan dalam pengurusan yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati dan kerugian kepada pelanggan mereka.

 

“Kami akan memikul semua tanggungjawab yang harus kami pikul dengan segera untuk meningkatkan standard pengurusan dan perkhidmatan kami seperti menyediakan latihan lebih profesional untuk memberikan perkhidmatan ekspres yang boleh dipercayai dan cekap kepada pengguna Malaysia,” ujar kenyataan itu.

 

Difahamkan, Pengurusan J&T Perak telah menangani dan menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku pada kakitangan terlibat dan pada 5 Februari lalu, para pekerja telah menjalankan tugas seperti biasa untuk menyusun serta memproses bungkusan pelanggan. – K! ONLINE

See also  [VIDEO] Mengamuk sebab tak dapat makan

 

Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI

7 Februari 2021, 6:51 pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Isu J&T Salah faham punca kejadian lempar barang pelanggan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148600
Users Today : 207
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23906
Users Last 30 days : 79998
Users This Month : 42325
Users This Year : 148599
Total Users : 148600
Views Today : 272
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36558
Views Last 30 days : 122774
Views This Month : 64688
Views This Year : 227078
Total views : 227079
Who's Online : 27
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares