Seawal 5 Pagi Sudah Kedengaran Dentuman Sampah Dicampak Penghuni dari Tingkat Atas

Seawal 5 Pagi Sudah Kedengaran Dentuman Samp4h Dicmpak Penghuni dari Tingkat Atas

 

Pihak pengurusan disarankan menyediakan kamera litar tertutup CCTV  untuk merakam penghuni yang tidak bertanggungjawab dan mesti dikenakan tindakan mahkamah kerana sengaja mengotorkan kawasan penginapan.

Cuba bayangkan nasib orang yang lalu lalang di bahagian bawah dihempap dengan plastik sampah yang berisi botol kaca, kulit durian dan najis,” Demikian kata penduduk di sebuah flat di Pulau Pinang.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Flat itu pernah mendapat pelbagai gelaran kerana keadaannya yang sangat kotor.

 

Ia seperti penduduknya sudah lali hidup dalam keadaan teruk seperti itu.

 

Blok E2, Flat Teluk Indah, Perai, pernah beberapa kali viral dimedia soslal dan mengundang kecaman netizen.

 

Tetapi suasana di flat itu masih sama sehingga ke hari ini.

See also  Panduan melalui Lebuhraya Timur Barat[Grik-Jeli]

 

Tiada sebarang perubahan yang dilakukan kerana kedua-dua pihak menuding jari antara satu sama lain.

 

Penghuni flat menyalahkan jawatankuasa pengurusan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

 

Pihak berkenaan pula menuding jarl kepada penghuni kerana bermentaliti kelas ketiga.

 

Salah seorang penghuni, Zaharah Najib, 61, yang tinggal di di situ sejak lapan tahun lalu berkata.

 

Mereka sudah lali dengan keadaan itu dan tiada apa yang dapat dilakukan.

 

Ini kerana masalah itu tetap berlarutan walaupun terdapat pelbagai usaha yang dilakukan untuk memulihkan flat tersebut.

 

Menurutnya, seawal jam lima pagi akan mula kedengaran bunyi dentuman sampah yang dicampak dari tingkat atas.

 

Ia dipercayai dilakukan oleh penduduk warga asing sebelum mereka keluar ke tempat kerja.

See also  PENGKHIANAT NEGARA

 

“Isu ini bukan perkara baharu, sebagai penduduk memang saya malu bila kawasan perumahan kami dilabel bukan-bukan oleh orang ramai.

 

Namun sehingga hari ini tiada siapa mampu menyelesaikannya.

 

“Apa yang berlaku disebabkan sikap pemalas dan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk.

 

Akibatnya semua penghuni menerima kesan terutamanya mereka yang tinggal di aras bawah kerana terpaksa menghidu bau busuk.

 

Difahamkan, pihak pengurusan pernah menyediakan tong sampah besar di setiap aras.

 

Malangnya tabiat suka mencampak sampah dari tingkat atas masih jua berlaku dan menjadi pilihan golongan yang tidak bertanggungjawab itu.

 

Bukan hanya warga asing, malah ada penduduk tempatan juga melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

 

Sisa buangan dari tingkap rumah seperti lampin bayi, tuala wanita dan sisa makanan.

See also  kabel internet TM putus، Zon utara terjejas

 

Selain masalah sampah, lif juga rosak.

 

Kes kecurlan motosikal juga kerap berlaku sehingga menyebabkan kawasan flat itu digelar sebagai kawasan hitam.

 

Pihak pengurusan disarankan menyediakan kamera litar tertutup CCTV  untuk merakam penghuni yang tidak bertanggungjawab dan mesti dikenakan tindakan mahkamah kerana mengotorkan kawasan pengginapan.

 

Sumber: Sinar Harian, Mamu Jarum

 

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Seawal 5 Pagi Sudah Kedengaran Dentuman Sampah Dicampak Penghuni dari Tingkat Atas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139331
Users Today : 507
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21460
Users Last 30 days : 73987
Users This Month : 33056
Users This Year : 139330
Total Users : 139331
Views Today : 683
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33331
Views Last 30 days : 114498
Views This Month : 51073
Views This Year : 213463
Total views : 213464
Who's Online : 35
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares