{{Video}} Polis buru dua lelaki pecah rumah

Polis buru dua lelaki pecah rumah

 

JOHOR BAHRU: Polis memburu dua suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Jalan Dedaru, Taman Cahaya, Kota Puteri Masai, kelmarin selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kini tersebar.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaumi Ishak berkata, kejadian tersebut disedari mangsa ketika pulang ke rumah kira-kira pukul 8 pagi, Isnin lalu.

 

Katanya, warga emas lelaki berusia 68 tahun itu terkejut apabila mendapati keadaan rumah berselerak dan terdapat barang hilang.

See also  ???????????? ???????????????????? ???????????????????????????? menyamun kedai serbaneka

 

“Pada awalnya, pengadu tidak tampil membuat laporan polis kerana mengalami kerugian kecil.

 

Bagaimanapun, anak pengadu telah memuat naik video CCTV di media sosial sebelum tular dan mendapat perhatian warganet yang lain.

 

“Pemeriksaan CCTV telah mendapati suspek terlibat terdiri daripada dua lelaki tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

 

Semalam, tular beberapa rakaman CCTV yang menunjukkan dua lelaki mencecah masuk rumah mangsa kira-kira pukul 4.20 pagi.

See also  Video✓✓Polis cari dua lelaki bergaduh depan kedai

 

Turut dimuat naik beberapa keping tangkap layar dua penjenayah berkenaan ketika berada di luar rumah, memanjat pagar rumah serta menggeladah rumah berkenaan mencari barangan berharga.

 

Mohd. Sohaumi memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun jika sabit kesalahan.

 

“Orang ramai diminta melaporkan kepada pihak polis sebarang kejadian jenayah yang berlaku dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

See also  Doktor antara 6 ditahan edar dadahDoktor antara 6 ditahan edar dadah

 

“Sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Saddam Mohd. Ibrahim di talian 016-341 1001 atau 07-3864222,” ujarnya.

 

▶️UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {{Video}} Polis buru dua lelaki pecah rumah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156684
Users Today : 525
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23339
Users Last 30 days : 78770
Users This Month : 50409
Users This Year : 156683
Total Users : 156684
Views Today : 922
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35335
Views Last 30 days : 121272
Views This Month : 77473
Views This Year : 239863
Total views : 239864
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares