Pahang arah henti lombong emas di Kechau

Kerajaan Pahang arah henti serta merta lombong emas di Kechau

 

 

KUANTAN: 27/2/2021- Kerajaan negeri mengarahkan kegiatan melombong emas di Kampung Kechau, Lipis dihentikan serta merta.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata arahan itu untuk memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.

 

Katanya, langkah tegas itu juga bagi mengelak kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.

 

“Walaupun kegiatan melombong emas dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.

See also  Kebongokan apakah ini sehingga Meja ‘food bank’ pun sapu

 

“Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya ketika mengulas kegiatan melombong emas di Kampung Kechau.

 

Beliau berkata demikian selepas menjadi individu pertama di Pahang menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi COVID-19 Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.

 

See also  Polis edar imej penjenayah kes rompakan kedai emas

Berdasarkan laporan, penduduk yang terbabit dalam kegiatan melombong emas memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan mineral berkenaan.

 

Difahamkan, ada penduduk yang membeli kenderaan secara tunai, sekali gus mengubah nasib mereka.

 

Mengulas status pemilik tanah yang memohon lesen pelombong kecil (LPK), Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri perlu meneliti permohonan itu sebelum kelulusan diberikan.

 

Katanya, ini kerana ada permohonan membabitkan antara 10 dan 15 individu di kawasan sama.

 

See also  Wanita lari dari PKPD untuk beraya, sebar Covid-19

“Dalam hal ini, ia menimbulkan masalah dan sebab itu kita perlu teliti setiap permohonan,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pahang arah henti lombong emas di Kechau " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148516
Users Today : 123
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23822
Users Last 30 days : 79914
Users This Month : 42241
Users This Year : 148515
Total Users : 148516
Views Today : 159
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36445
Views Last 30 days : 122661
Views This Month : 64575
Views This Year : 226965
Total views : 226966
Who's Online : 27
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares