Seorang daripada dua suspek menaiki proton waja MAS 175 diberkas polis

Seorang daripada dua suspek menaiki proton waja mas175 diberkas polis

 

 

KUALA LUMPUR: 26/2/2020  Polis berjaya memberkas seorang daripada dua suspek menaiki Proton Waja yang melanggar lori dan Perodua Myvi di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, kurang empat jam selepas insiden itu berlaku.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan penahanan itu namun belum memberi butiran lanjut penahanan suspek itu.

Suspek lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan hasil tindakan pantas pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sekitar jam 4 petang tadi.

See also  2 Pekerja di pukul kerana BERPUASA

 

Suspek dilaporkan bersembunyi di tepi sebuah bangunan kosong dekat kawasan perkampungan dianggarkan sejauh 8 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

 

Sumber berkata, pihak polis turut menemui sejumlah dadah dalam kereta dinaiki suspek yang berkemungkinan menjadi sebab utama mereka enggan memberhentikan kereta dinaiki ketika cuba ditahan.

 

Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Petaling Jaya ketika sedang giat memburu seorang lagi suspek.

 

 

Terdahulu, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari tadi, tular satu video berdurasi satu minit 45 saat menunjukkan anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan itu selepas suspek enggan memberhentikan kenderaan.

See also  Pelajar Tingkatan Dua terima penghargaan PDRM

 

Kenderaan dengan nombor pendaftaran MAS 175 itu dilihat melanggar bahagian belakang di lori dan sisi kereta Perodua Myvi untuk mencelah di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

 

Selepas gagal untuk mencelah di antara dua kenderaan di hadapannya, suspek kemudian mengundurkan kereta ke belakang dan melanggar kereta lain.

 

Suspek kemudian memecut kereta dinaiki mereka menghala ke arah Jalan Sungai Buloh, dan memberhentikan kereta itu di tepi jalan berhadapan Stesen MRT, Damansara Damai, sebelum melarikan diri.

See also  Nenek pijak cucu OKU hingga maut di reman sambung 6 hari

 

▶️Berita Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Seorang daripada dua suspek menaiki proton waja MAS 175 diberkas polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372132
Users Today : 747
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15444
Users Last 30 days : 64567
Users This Month : 61150
Users This Year : 372131
Total Users : 372132
Views Today : 1120
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23146
Views Last 30 days : 99472
Views This Month : 94258
Views This Year : 573324
Total views : 573325
Who's Online : 23
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares