Tiga individu ditahan susulan kekecohan di restoran

Tiga individu ditahan susulan kekecohan di restoran

 

SUBANG JAYA 2/3/2021– Dua lelaki termasuk seorang wanita ditahan polis manakala seorang lagi lelaki masih diburu susulan kejadian kekecohan yang terjadi di sebuah restoran di Jalan SS 15/4 di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita tempatan yang merupakan pengurus restoran berusia 55 tahun.

 

“Pengadu memaklumkan, ketika sedang bekerja kira-kira pukul 6 petang, terdapat tiga wanita dan seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan dan mengeluarkan telefon bimbit dengan tujuan untuk membuat rakaman.

See also  Polis edar imej penjenayah kes rompakan kedai emas

 

“Pengadu telah menegur agar tidak membuat rakaman namun tidak diendahkan dan suspek turut mengugut akan menularkan perkara tersebut sebelum bertindak menampar pipi kiri pengadu mengakibatkan berlaku pertengkaran serta tolak-menolak di antara pekerja restoran dan suspek sebelum kesemua suspek beredar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

 

Menurut Abd. Khalid, pihaknya turut menerima laporan polis daripada seorang wanita yang merupakan pelanggan restoran terbabit dan pelanggan tersebut memaklumkan bahawa kejadian itu tercetus setelah mereka menemui lalat di dalam nasi lemak yang dihidangkan.

See also  Empat lelaki ditahan gaduh di restoran Cheras

 

“Susulan laporan yang diterima, pihak polis telah menahan dua lelaki warganegara India yang merupakan pekerja restoran terbabit dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kira-kira pukul tiga petang tadi.

 

“Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan dan pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki yang bertindak menampar pengurus restoran tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata,” tegas beliau.

 

 

See also  Penjara enam bulan jika ekzos kenderaan 'bising'

Terdahulu, tular dua video berdurasi tiga dan lima saat memaparkan kejadian kekecohan di sebuah restoran di Jalan SS 15/4 Subang Jaya melibatkan pelanggan serta pekerja restoran terbabit.

 

▶️KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiga individu ditahan susulan kekecohan di restoran " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133172
Users Today : 1567
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20484
Users Last 30 days : 69187
Users This Month : 26897
Users This Year : 133171
Total Users : 133172
Views Today : 2502
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31845
Views Last 30 days : 108187
Views This Month : 41821
Views This Year : 204211
Total views : 204212
Who's Online : 5
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares