[Video] 10 individu tukar balik ekzos ‘perang’

10 individu tukar balik ekzos ‘perang’

 

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB

2 Mac 2021, 4:17 pm

 

KUALA SELANGOR – Tindakan 10 individu mengubah suai ekzos motosikal sehingga mengeluarkan bunyi bising melampau membawa padah apabila terpaksa berhempas pulas hampir empat jam menukar semula ekzos itu semula semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kesemua mereka berusia 18 hingga 25 tahun termasuk seorang perempuan itu dikehendaki membawa ekzos ‘standard’ bagi proses penukaran yang dilakukan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terdahulu menahan 12 buah motosikal dalam Operasi Ubah Suai Ekzos di sekitar daerah ini bermula pukul 5 petang hingga 8 malam kelmarin yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (BSPT) IPD ini.

See also  Dua Myanmar ditangkap bunuh hidupan liar Malaysia

 

Katanya, daripada jumlah tersebut hanya 10 buah motosikal didapati melakukan kesalahan ujian paras bunyi terhadap ekzos yang telah diubah suai yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

 

“Rata-rata jenis motosikal yang melakukan kesalahan itu adalah jenis Yamaha Y150 dan LC 135 dengan siasatan mereka melakukan pengubahsuaian demi kepuasaan diri sendiri.

 

“Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat seorang lelaki berusia 20an sanggup menghabiskan sehingga RM7,000 untuk ‘melaram’ dengan motosikal idamannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

See also  ##Video## 11 warga Myanmar bergaduh guna besi, kayu ditahan

 

Kata beliau, mereka telah dikenakan saman minimun RM300 dibawah Kaedah 103 iaitu dibawah Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1958 (L/N 170/1959) atas kesalahan Ubah Suai Ekzos manakala 17keping saman Pol 257 terhadap pelbagai kesalahan.

 

Tambah Ramli, kompaun RM300 juga dikenakan oleh pihak JAS kepada 10 individu tersebut mengikut Seksyen 48A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal mematuhi had bunyi yang dibenarkan.

 

“Polis juga mengeluarkan 29 keping saman atas kesalahan lain termasuk berhubung nombor pendaftaran iaitu kecil dan fancy, tiada lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan serta cermin sisi selain tidak mempamerkan tanda pengenalan ‘L’ dan ‘P’.

See also  Jatuh tali air cuba lari daripada penguat kuasa

 

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut menyertai operasi itu mengeluarkan 32 notis arahan periksa,” katanya.

 

Justeru, Ramli menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal agar mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya. -K! ONLINE.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] 10 individu tukar balik ekzos ‘perang’ " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149934
Users Today : 1541
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22436
Users Last 30 days : 79656
Users This Month : 43659
Users This Year : 149933
Total Users : 149934
Views Today : 2126
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33791
Views Last 30 days : 121951
Views This Month : 66542
Views This Year : 228932
Total views : 228933
Who's Online : 18
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares