DBKL IMIGRESEN SERBU PENIAGA WARGA ASING DI PLAZA LOW YAT

PENGUATKUASA JPK DBKL & JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA MENYERBU PENIAGA WARGA ASING DI PLAZA LOW YAT

 

#KualaLumpur | Rabu 10 Mac 2021 –

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dianggotai oleh sepasukan Anggota dan Pegawai Penguatkuasa dari Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan Tindakan Khas Bersepadu Terhadap Aktiviti Premis Di Kendalikan Warga Asing Tanpa Kebenaran Yang Sah di Plaza Low Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada tengahari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan, DBKL dan JIM telah mengenalpasti 10 premis perniagaan yang menjalankan akiviti perniagaan barangan gajet dan aksesori komputer mengunakan pekerja warga asing tanpa kebenaran yang sah daripada DBKL.

See also  Tentera boleh buat tangkapan Kuala Lumpur: Perdana Menteri

 

Tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan menutup serta merta tiga buah premis di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta mengeluarkan 7 kompaun kepada pemilik premis kerana mengajikan pekerja tanpa kebenaran yang sah di bawah UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan Dan Tred 2016 dan 3 notis kompaun di bawah UUK 3(1), undang-undang yang sama kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

See also  Hantar pulang ‘tauke’ warga asing

 

Seramai 16 orang Warga Asing terdiri daripada Warganegara Bangladesh, Pakistan dan India telah ditahan termasuk pengendali premis oleh Pihak DBKL untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut oleh pihak JIM.

 

Tindakan penguatkuasaan bersepadu ini dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta mengikut bidang kuasa S.O.P DBKL dan JIM.

 

Kerjasama seumpama ini dengan agensi sahabat akan diteruskan dari semasa ke semasa.

See also  Bagaimana urusan membawa Rohingya masuk dan bayarannya?

 

Warga kota turut dialu alukan untuk menyalurkan maklumat dan aduan kepada pihak DBKL secara atas talian :

 

 

#klbandarku #KLbandaruntuksemua

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " DBKL IMIGRESEN SERBU PENIAGA WARGA ASING DI PLAZA LOW YAT " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155708
Users Today : 498
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24103
Users Last 30 days : 79532
Users This Month : 49433
Users This Year : 155707
Total Users : 155708
Views Today : 819
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36331
Views Last 30 days : 122373
Views This Month : 75650
Views This Year : 238040
Total views : 238041
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares