Lelaki tunjuk kemaluan kepada tiga wanita ditahan

Lelaki tunjuk kemaluan kepada tiga wanita ditahan

 

Pautan berkaitan

https://alhadi.my/2021/03/11/video-gangguan-seksual-lelaki-tanpa-berseluar-serbu-kedai-telefon/

 

KOTA BHARU: Seorang lelaki dipercayai sakit mental ditahan polis selepas bertindak di luar kawalan dengan menunjukkan kemaluannya kepada tiga jurujual wanita di premis menjual alat telekomunikasi di Jalan Pintu Pong, di sini semalam.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, suspek berusia 26 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada salah seorang mangsa berusia 31 tahun.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika mangsa sedang bekerja bersama dua rakannya di kaunter premis tersebut.

See also  {VIDEO Tular} Dua jiran gaduh kerana parkir kereta

“Mangsa secara tiba-tiba didatangi lelaki terbabit dalam keadaan separuh bogel sambil memegang kemaluannya.

 

“Lelaki terbabit kemudian melompat di atas kaunter dan masuk ke dalam kawasan kedai. Terkejut melihat tindakan itu, ketiga-tiga jurujual itu berlari keluar dari kedai dan menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Wan Khairuddin berkata, selepas menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan mengesan lelaki terbabit sebelum menahannya kira-kira 10 minit kemudian berhampiran lokasi.

See also  CCTV✓✓KECURIAN BASIKAL TAMAN ROWTHER

 

“Suspek dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

 

“Suspek tinggal bersama keluarga di rumah yang terletak berhampiran kedai berkenaan. Sebelum ini, lelaki itu pernah dirawat di HRPZ II kerana mengalami masalah kemurungan dan baru seminggu keluar dari wad hospital,” katanya.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan.

 

Terdahulu, tular dalam media sosial video berdurasi lebih dua minit yang memaparkan perbuatan aneh seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya kepada tiga orang jurujual wanita di sebuah premis menjual alat telekomunikasi.

See also  Polis sedang kenal pasti suspek, mangsa pergaduhan 

 

▶️UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki tunjuk kemaluan kepada tiga wanita ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156687
Users Today : 528
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23342
Users Last 30 days : 78773
Users This Month : 50412
Users This Year : 156686
Total Users : 156687
Views Today : 932
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35345
Views Last 30 days : 121282
Views This Month : 77483
Views This Year : 239873
Total views : 239874
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares