Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat

Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

15 Mac 2021, 7:51 pm

 

PASIR GUDANG – Pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2,000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu merupakan satu kesalahan kerana cara itu bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

See also  {VIDEO Tular} Dua jiran gaduh kerana parkir kereta

 

“Menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.

 

“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising yang diadakan di Taman Kota Masai, di sini hari ini.

 

Antara lokasi yang dikenal pasti termasuklah di lampu isyarat pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.

See also  30 invidividu dan pemilik gelanggang futsalPadah main futsal dikompaun

 

Tambah beliau, peniaga khususnya dinasihatkan agar mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara.

 

“Nasihat saya, carilah kaedah atau lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan dan jangan sampai membahayakan,” ujarnya.

 

Ayob Khan bagaimanapun memberitahu setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat. – K! ONLINE

See also  Video✓✓Sikap keras kepala Langgar lampu Merah  menyebabkan berlaku  perlanggaran
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372169
Users Today : 784
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15481
Users Last 30 days : 64604
Users This Month : 61187
Users This Year : 372168
Total Users : 372169
Views Today : 1166
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23192
Views Last 30 days : 99518
Views This Month : 94304
Views This Year : 573370
Total views : 573371
Who's Online : 22
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares