Penjaga tokong maut angkara anjing

Penjaga tokong maut angkara anjing

 

IPOH 18/3/2021– Penjaga tokong ditemui mati dipercayai diserang anjing peliharaan di sebuah tokong Buddha di Gunung Rapat dekat Jalan Sultan Nazrin Shah di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mangsa, Chee Ah Lin, 73, yang berasal dari daerah ini ditemui terbaring dengan beberapa kesan gigitan di tangan dan leher pada pukul 12 tengah hari.

 

Mayat lelaki itu ditemui bendahari pusat Buddha berkenaan sebelum melaporkan kepada polis.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Superintendan Lee Swee Sake berkata, pihaknya yang pergi ke lokasi itu menjumpai mayat mangsa tanpa pakaian dengan kesan darah di lantai.

See also  Video@Lelaki Tunjuk samseng dera anjing peliharaan

 

Sebatang penyapu dan sehelai seluar jean dengan kesan koyakan turut ditemui berhampiran lelaki itu.

 

“Pemeriksaan mendapati ada kesan kecederaan gigitan haiwan di tangan dan leher mangsa.

 

“Pakaian mangsa juga seolah-olah dikoyakkan seperti digigit. Mangsa mungkin diserang anjing yang menjaga tokong tersebut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

See also  Kucingku si pencuri

 

Menurut beliau, semasa pihaknya tiba di lokasi kejadian, dua ekor anjing yang dipercayai menyerang mangsa dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan.

 

Haiwan itu merupakan anjing belaan dan dilepaskan bagi menjaga tokong.

 

“Mangsa bekerja di tokong itu sejak dua tahun lalu dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.

 

“Pemeriksaan tidak menjumpai perlakuan jenayah malah tiada kehilangan barang berharga dilaporkan,” katanya.

 

Tambah beliau, mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 hingga 36 jam.

See also  [VIDEO]Buang Kucing Anjing boleh dihukum penjara

 

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 

▶️KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penjaga tokong maut angkara anjing " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139875
Users Today : 1051
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22004
Users Last 30 days : 74531
Users This Month : 33600
Users This Year : 139874
Total Users : 139875
Views Today : 1450
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34098
Views Last 30 days : 115265
Views This Month : 51840
Views This Year : 214230
Total views : 214231
Who's Online : 31
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares