Leher polis cedera akibat tali layang-layang

Leher polis cedera akibat tali layang-layang

 

SEBERANG PERAI – Seorang anggota polis yang menunggang motosikal cedera pada leher selepas tersangkut seutas tali yang melintang jalan di Kilometer 129.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Butterworth di sini Ahad lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Terdahulu, kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu tular di media sosial selepas pengguna memuat naik video yang memaparkan rakaman berkenaan kejadian itu.

See also  Video Tradisi unik angkat barang guna tali dan baldi menarik perhatian ramai

 

 

Menerusi rakaman itu ia memaparkan keadaan mangsa yang luka pada leher akibat tersangkut tali tangsi ketika menunggang motosikal di lorong kiri.

 

Kejadian itu berlaku ketika anggota berusia 24 tahun tersebut selesai tugasan di Hospital Bukit Mertajam dan dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian terbabit tiada unsur sabotaj.

See also  Mayat lelaki reput ditemui di kawasan kebun

 

“Ia dipercayai tali layang-layang yang tersangkut dan orang ramai diminta tidak gusar kerana siasatan polis dan pengendali lebuh raya mendapati tiada unsur khianat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

 

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID

23 Mac 2021, 3:18 pm

See also  Video@Warga Emas mengaku tak perasan pandu lawan arus.

Video/gambar: Media sosial

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Leher polis cedera akibat tali layang-layang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378427
Users Today : 2022
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16566
Users Last 30 days : 61817
Users This Month : 5431
Users This Year : 378426
Total Users : 378427
Views Today : 2811
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24688
Views Last 30 days : 94940
Views This Month : 7976
Views This Year : 582670
Total views : 582671
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares