Siapa kenal kanak-kanak ini?

Siapa kenal kanak-kanak ini?

 

Kuala Lumpur: Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengenal pasti identiti mayat individu yang ditemukan dalam keadaan reput di sebuah rumah kosong di Jalan Sentul, di sini, pada 1 Mac lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut Ketua Balai Polis Sentul, Inspektor Mohd Hairie Osman, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu jam 5.18 petang.

 

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati rumah berkenaan yang juga kuarters milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah kosong.

 

“Pemeriksaan dilakukan mendapati mayat berkenaan dilihat kelihatan berada dalam keadaan terbaring di tengah rumah dan kepala tergantung serta reput,” katanya.

See also  ???????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ????????????????????

 

Mohd Hairie berkata, hasil temubual dilakukan dengan saksi iaitu penduduk yang tinggal bersebelahan rumah kosong berkenaan mendapati dia sudah menghidu bau busuk sejak lebih satu minggu.

 

Katanya, mayat itu dihantar ke Instut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

 

Beliau berkata, hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian adalah disebabkan tergantung.

 

“Siasatan awal dilakukan mendapati tiada bukti dan petunjuk di lokasi yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah. Identiti si mati juga tidak dapat dipastikan dan cap jari si mati tidak dapat diperolehi akibat mayat sudah reput.

See also  Anggota Polis maut Covid-19, kenapa kuarantin dirumah untuk yang bergejala?

 

“Kami hanya menemukan dua gambar kanak-kanak berbangsa India bersama mayat,” katanya.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Sarjan Rahime Roslan di talian 019-3299546 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 

“Ini termasuk bagi membantu mengesan waris si mati melalui pengecaman gambar yang ditemui bersama mayat berkenaan,” katanya.

See also  Dua penjenayah bersenjata warga asing mati ditembak

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mac 2021 @ 2:52 PM

Nurul Hidayah Bahaudin

nurul.hidayah@hmetro.com.my

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Siapa kenal kanak-kanak ini? " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367198
Users Today : 2110
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11830
Users Last 30 days : 64177
Users This Month : 56216
Users This Year : 367197
Total Users : 367198
Views Today : 3153
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18049
Views Last 30 days : 99190
Views This Month : 86991
Views This Year : 566057
Total views : 566058
Who's Online : 23
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares